13/03/2018 — Draf Rancangan Struktur Negeri Perak, Idea Rakyat Diperlukan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu rakyat di negeri ini untuk memberi maklum balas dan pandangan yang konstruktif bagi membentuk satu der Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu rakyat di negeri ini untuk memberi maklum balas dan pandangan yang konstruktif bagi membentuk satu der Rating: 0
You Are Here: Home » General » 13/03/2018 — Draf Rancangan Struktur Negeri Perak, Idea Rakyat Diperlukan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

13/03/2018 — Draf Rancangan Struktur Negeri Perak, Idea Rakyat Diperlukan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Draf Rancangan Struktur Negeri Perak Idea Rakyat DiperlukanMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mahu rakyat di negeri ini untuk memberi maklum balas dan pandangan yang konstruktif bagi membentuk satu deraf Rancangan Strukutur Negeri Perak 2040.

Jelas beliau maklum balas itu penting bagi memastikan segenap aspek diliputi seperti pembangunan ekonomi, sosial, pertubuhan kependudukan dan perumahan.

“Saya menyeru kepada sekalian rakyat jelata untuk memberi pandangan konstruktif, pandangan yang bernas dalam usaha memacu negeri Perak pada masa akan datang dalam segenap aspek.

“Pada peringkat ini lebih kepada peringkat deraf yang membolehkan rakyat melihat pelan perancangan yang kita akan datang sehingga tahun 2040.

“Ia tidak bermakna kekal begitu, dari sudut perancangan akan ada semakan semula …yang paling penting kita perlukan perancangan,” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry terdahulu melancarkan Program Publisiti dan Pendengaran Awam Deraf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 di Ipoh, hari ini.

Mengumpulan maklum balas dari rakyat dibuat mulai 13 Mac hingga 11 April ini.

“Pihak Plan Malaysia telah melakukan beberapa siri perbincangan serta membuat kajian terperinci berdasarkan maklum balas daripada semua pihak namun ia perlu melalui peroses pendengaran awam iaitu idea yang datangnya daripada semua pihak,” katanya.

Matlamat pembangunan Negeri Perak dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak 2040 adalah Pembangunan Inklusif ‘Berdaya Huni, Berkualiti dan Sejahtera’ dengan menjadikan Perak sebagai negeri berpendapatan Berkualiti 2040.

Terdapat empat teras pembangunan yang menyokong iaitu pemeliharaan persekitaran mampan dan komuniti sejahtera, teras 2: peningkatan nilai tambah dan produktivi berasaskan sumber tempatan dan semulajadi,teras 3: penyediaan kemudahsampaian tinggi & infrastruktur cekap dan teras 4: memartabatkan khazanah semula jadi dan warisan Negeri Perak.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top