13/03/2018 — Bantuan Peserta PPRT, Beri Pada Yang Berhak:- Hassan Khamis. Reviewed by Perak BN on . Felcra Berhad Perak sentiasa melaksanakan proses pemutihan ke atas penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskini (PPRT) di seluruh negeri ini. Jelas Pe Felcra Berhad Perak sentiasa melaksanakan proses pemutihan ke atas penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskini (PPRT) di seluruh negeri ini. Jelas Pe Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 13/03/2018 — Bantuan Peserta PPRT, Beri Pada Yang Berhak:- Hassan Khamis.

13/03/2018 — Bantuan Peserta PPRT, Beri Pada Yang Berhak:- Hassan Khamis.

perakbn Bantuan Peserta PPRT Beri Pada Yang Berhak Hassan KhamisFelcra Berhad Perak sentiasa melaksanakan proses pemutihan ke atas penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskini (PPRT) di seluruh negeri ini.

Jelas Pengurus Besarnya, Hassan Khamis, selaku agensi yang dilantik untuk menyelaras urusan tanaman kelapa sawit unruk membantu peserta PPRT yang dipilih melalui senarai e-kasih, mereka yang berhak dan layak akan dikenal pasti.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan peluang kepadaFelcra menguruskan tanah yang diberikan untuk tanaman kelapa sawit.

“Kita juga membuat pemutihan kepada penerima yang layak menerima bantuan itu di setiap daerah supaya mereka yang sudah terkeluar daripada garis kemiskinan tidak lagi diberi bantuan, sebaliknya diberikan kepada penerima baharu,”ujar beliau.

Hassan berkata demikian selepas majlis Ramah Mesra Peserta PPRT Daerah Kerian di Bagan Serai, hari ini.

ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang hadir ke majlis tersebut turut mengesahkan peserta PPRT yang layak menerima bantuan setiap bulan.

“Jika ada peserta yang meninggal dunia kita akan buat pemutihan dan akan gantikan dengan peserta lain kerana bantuan ini bukan boleh diwarisi oleh sesebuah keluarga,” katanya.

Setiap tahun sejumlah RM10 juta disediakan bagi membantu 2,500 peserta PPRT di negeri ini yang mana bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai RM200 dan barangan bernilai RM100.

Peruntukan tersebut adalah hasil penjualan tanaman kelapa sawit di atas tanah seluas 1,700 hektar yang diberikan Kerajaan Negeri dan diuruskan Felcra Berhad sejak 1997.

Bagi peserta PPRT di Kerian, seramai 319 orang menerima bantuan bulanan dengan jumlah peruntukan RM1.148 juta pada tahun 2017.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top