12/03/2018 — Manifesto Pemuda, Yakin Generasi Muda Pilih BN:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Pemuda MIC yakin bahawa inisiatif mengadakan manifesto khas bagi generasi muda yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan ya Pemuda MIC yakin bahawa inisiatif mengadakan manifesto khas bagi generasi muda yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan ya Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/03/2018 — Manifesto Pemuda, Yakin Generasi Muda Pilih BN:- Datuk C Sivarraajh

12/03/2018 — Manifesto Pemuda, Yakin Generasi Muda Pilih BN:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Manifesto Pemuda Yakin Generasi Muda Pilih BNPemuda MIC yakin bahawa inisiatif mengadakan manifesto khas bagi generasi muda yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan yang positif kepada parti.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh dalam satu kenyataan menjelaskan pengumuman tersebut juga dilihat sebagai bukti bahawa BN sentiasa memberi perhatian untuk generasi akan datang yang bakal memimpin negara.

“Semua janji dan ikrar yang dibuat di dalam manifesto ini adalah sangat pratikal dan berkisarkan kepada matlamat dan sasaran yang mudah dicapai.

“Ini adalah manifesto yang menyeluruh, dan kami yakini pemuda akan merasai masa depan mereka di negegara ini lebih selamat di bawah kepimpinan BN.

“Mereka yang membaca manifesto ini akan segera yakin dengan matlamat nyata yang dikemukakan oleh Pemuda BN, berbanding dengan dasar populis Pakatan Harapan yang tidak mempunyai banyak objektif yang nyata,” demikian kenyataannya pada Ahad.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak bersetuju untuk menampilkan manifesto BN yang mesra orang muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, BN mempunyai perancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda negara jika diberi mandat pada PRU nanti.

“Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda BN) supaya memasukkan bab khusus untuk generasi muda Pemuda dan Puteri dalam manifesto BN.

“Kita akan fikir tentang ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan, tempat tinggal serta gaya hidup orang muda, semuanya kita akan masukkan dalam manifesto BN.

“Kita bukan parti untuk hari ini saja, malah untuk masa depan,” kata Perdana Menteri pada suatu majlis di Muar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top