12/03/2018 — Hanya Ramalan, Keputusannya Pada Pucuk Kepimpinan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Laporan yang dibuat diakhbar hanyalah suatu ramalan, hakikatnya pucuk kepimpinan parti akan membuat keputusan, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Laporan yang dibuat diakhbar hanyalah suatu ramalan, hakikatnya pucuk kepimpinan parti akan membuat keputusan, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/03/2018 — Hanya Ramalan, Keputusannya Pada Pucuk Kepimpinan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

12/03/2018 — Hanya Ramalan, Keputusannya Pada Pucuk Kepimpinan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Hanya Ramalan Keputusannya Pada Pucuk KepimpinanLaporan yang dibuat diakhbar hanyalah suatu ramalan, hakikatnya pucuk kepimpinan parti akan membuat keputusan, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yang menjawab ringkas kepada pemberita mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini dengan berkata beliau akan bertanding di Parlimen Lumut dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Itu hanya ramalan akhbar tersebut, terpulang kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan, tiada komen,” kata ADUN Pangkor itu.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czech, Rudolf Hykl di pejabatnya di Ipoh, hari ini.

Secara tradisinya, Parlimen Lumut merupakan kawasan MCA dan berjaya dipertahankan Tan SriKong Cho Ha sejak 1999 hingga 2013.

Bagaimanapun, pada PRU13, Tan Sri Cho Ha ditewaskan pesaingnya daripada PKR, Mohamad Imran Abd. Hamid.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top