11/03/2018 — Yakin Pengundi Cina Berubah, Beri Peluang Pada BN:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Beri peluang kepada pemimpin Cina daripada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan kemampuan mereka memimpin dan mentadbir, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Beri peluang kepada pemimpin Cina daripada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan kemampuan mereka memimpin dan mentadbir, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/03/2018 — Yakin Pengundi Cina Berubah, Beri Peluang Pada BN:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

11/03/2018 — Yakin Pengundi Cina Berubah, Beri Peluang Pada BN:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Yakin Pengundi Cina Berubah Beri Peluang Pada BNBeri peluang kepada pemimpin Cina daripada Barisan Nasional (BN) untuk membuktikan kemampuan mereka memimpin dan mentadbir, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam hal ini, beliau yakin pengundi Cina di negara ini akan memberi peluang tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Berilah pula peluang kepada pemimpin Cina dari BN untuk menunjukkan kemampuan mereka membantu masyarakat Cina dan saya yakin pengundi Cina sudah mula berubah,” katanya.

Berucap di Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi penduduk Kampung Bagan Pasir Laut, di Bagan Datuk hari ini, beliau mengingatkan kaum Cina supaya tidak lagi terpedaya dengan kata-kata pembangkang.

Janji yang ditabur oleh pembangkang lebih kelihatan seperti omong-omong melangit yang akhirnya tidak kemana.

“Cukuplah, pengundi Cina jangan terjebak lagi dengan janji-janji diberikan pembangkang, tengoklah janji mereka semula, cakap nak bagi air percuma tapi tak dapat pun, cakap harga air tidak naik tapi naik juga, di Selangor sampai ada yang tidak mandi kerana krisis ketiadaan bekalan air,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Hadir sama Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid menyatakan keyakinan beliau terhadap pandangan pengundi Cina yang telah mula melihat kepada BN.

Pengundi ini seolah-olah sudah tersedar akan kesilapan mereka yang menolak BN pada dua PRU sebelum ini.

“Dulu mereka terjebak atas suntikam kebencian pembangkang terhadap BN dan kini mereka sudah melihat perjuangan kami sama dengan apa yang mereka inginkan dan akan kembali bersama BN,” kata Timbalan Pengerusi BN itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top