11/03/2018 — Senarai Akhir Calon Selesai, Hanya Tunggu Masa Pengumuman:- DS Tengku Adnan Tengku Mansor Reviewed by Perak BN on . Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak bakal mengumumkan calon akhir Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang. Hal ini ker Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak bakal mengumumkan calon akhir Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang. Hal ini ker Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/03/2018 — Senarai Akhir Calon Selesai, Hanya Tunggu Masa Pengumuman:- DS Tengku Adnan Tengku Mansor

11/03/2018 — Senarai Akhir Calon Selesai, Hanya Tunggu Masa Pengumuman:- DS Tengku Adnan Tengku Mansor

perakbn Senarai Akhir Calon Selesai Hanya Tunggu Masa PengumumanPerdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abdul Razak bakal mengumumkan calon akhir Barisan Nasional (BN) pada bila-bila masa dari sekarang.

Hal ini kerana, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penetapan sudahpun selesai dilakukan dan pihaknya kini mempunyai senarai akhir calon yang akan dipertaruhkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Sudah (selesai). Tunggu saja (pengumuman),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kepong, Kuala Lumpur , hari ini.

Terdahulunya Menteri Wilayah Persekutuan enggan menguar-uarkan senarai calon dan persiapan parti kerana tidak mahu dilabel sama seperti pakatan pembangkang.

“Saya tidak mahu jadi seperti pembangkang. Cakap-cakap saja tapi tidak buat. Kita sekadar mahu bercakap, Jadi kita tunggu, OK,” ujar Datuk Seri Tengku Adnan.

Sementara itu, pada sidang media berasingan hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata menerusi persediaan yang dilakukan hingga kini, UMNO dan BN menyasar kemenangan dua pertiga kerusi pada PRU14.

“Sasaran kita nak menang semaksimum mungkin kerana kita nak membentuk sebuah kerajaan yang kuat. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang kuat.

“Kalau kita pilih kerajaan yang lepas pilihan raya baru nak bagi-bagi jawatan Perdana Menteri, nak kongsi-kongsi kau dua tahun aku dua tahun, itu kita sengaja terjun (cari masalah),” ujar beliau.

Tan Sri Annuar juga menjelaskan bahawa parti sentiasa berusaha mengatasi persepsi, penipuan, kempen membenci yang diserang oleh pembangkang.

Beliau meletakkan keyakinan bahawa akhirnya rakyat akan membuat keputusan yang jujur apabila menjelangnya pilihan raya nanti.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top