11/03/2018 — Jualan Sentuhan Rakyat Diperluaskan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, profram Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluaskan juga di Semenanjung. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Za Bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, profram Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluaskan juga di Semenanjung. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Za Rating: 0
You Are Here: Home » General » 11/03/2018 — Jualan Sentuhan Rakyat Diperluaskan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

11/03/2018 — Jualan Sentuhan Rakyat Diperluaskan:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn Jualan Sentuhan Rakyat DiperluaskanBukan sahaja di Sabah dan Sarawak, profram Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluaskan juga di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tersebut dibuat berikutan sambutan yang diterima daripada rakyat terhadap program berkenaan amat menggalakkan.

“Kerajaan akan memperbanyak lagi program ini terutama di Sabah dan Sarawak, dan lebih banyak lagi di Semenanjung,” katanya.

Terdahulu beliau berucap pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di yang berlangsung di Bagan Datuk, hari ini.

Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menjelaskan tentang program tersebut yang bertujuan menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran.

“Ini adalah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

“Rakyat perlu diberi peluang menikmati harga barangan yang murah atau dijual pada harga munasabah,” katanya.

Dimaklumkan Jualan Sentuhan Rakyat telahpun diadakan di negeri di Semenanjung dan Sabah, namun belum dibuat diadakan di Sarawak.

Pada program yang dihadiri Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid, ia disertai juga oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, yang juga ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Barang keperluan harian yang dijual ditawarkan dengan harga lebih murah antara lima peratus hingga 50 peratus daripada harga pasaran.

Antaranya, daging lembu segar yang dijual pada harga RM20 sekilogram (kg) kepada RM10 berbanding harga pasaran sekitar RM30 dan beras 10 kg daripada RM22 sekampit kepada RM10 sekampit berbanding harga pasaran RM26.

Kira-kira 3,000 penduduk sekitar daerah Bagan Datuk mengunjungi karnival itu, yang bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top