10/03/2018 — Manifesto PH Abaikan Kepentingan Kaum India:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Bagi Pemuda MIC manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan dilihat tersasar jauh dari agenda untuk membangunkan kesejahteraan kaum India dia neg Bagi Pemuda MIC manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan dilihat tersasar jauh dari agenda untuk membangunkan kesejahteraan kaum India dia neg Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/03/2018 — Manifesto PH Abaikan Kepentingan Kaum India:- Datuk C Sivarraajh

10/03/2018 — Manifesto PH Abaikan Kepentingan Kaum India:- Datuk C Sivarraajh

perakbn Manifesto PH Abaikan Kepentingan Kaum IndiaBagi Pemuda MIC manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan dilihat tersasar jauh dari agenda untuk membangunkan kesejahteraan kaum India dia negara ini.

Tampil memberi ulasan itu ialah Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh yang mana katanya manifesto PH itu tidak membawa apa-apa perkara baharu untuk kepentingan kaum India selain janji yang dibuat hanya bersifat populis dan sukar dilaksanakan.

“Pemuda MIC melihat janji manifesto mereka tidak langsung khusus kepada usaha untuk membela kebajikan dan memperkasakan sosioekonomi belia serta kaum India,” katanya.

Beliau dalam kenyataan pada Jumaat turut mengatakan rasa tidak terkejut akan tindakan yang dilakukan parti di bawah telunjuk DAP itu.

Ini kerana kata Datuk Sivarraajh, tiada dalam kalangan pemimpin India daripada parti itu yanh benar-benar sungguh untuk membangunkan kaumnya.

“Saya tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan dalam Pakatan Harapan sendiri tiada pemimpin mewakili kaum India yang bersungguh-sungguh berjuang membawa agenda kaum tersebut,”katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top