10/03/2018 — Cemburu Najib, Mahathir Mahu Jadi PM:- TS S Nallakaruppan Reviewed by Perak BN on . Semasa pemerintahan selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memberi fokus kepada pembangunan di bandar. Atas dasar itu Presiden Parti Bersatu India Malay Semasa pemerintahan selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memberi fokus kepada pembangunan di bandar. Atas dasar itu Presiden Parti Bersatu India Malay Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/03/2018 — Cemburu Najib, Mahathir Mahu Jadi PM:- TS S Nallakaruppan

10/03/2018 — Cemburu Najib, Mahathir Mahu Jadi PM:- TS S Nallakaruppan

perakbn Cemburu Najib Mahathir Mahu Jadi PMSemasa pemerintahan selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memberi fokus kepada pembangunan di bandar.

Atas dasar itu Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Tan Sri S. Nallakaruppan mengingatkan bekas pemimpin negara itu untuk berhenti bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri semula.

“Sewaktu memerintah selama 22 tahun, Mahathir tidak memikirkan nasib rakyat di luar bandar apatah lagi menolong bangsa lain khususnya kaum India.

“Mahathir hanya memfokuskan pada pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya,” katanya yang ditemui di Larut, hari ini.

Tan Sri Nallakaruppan juga mempertikaikan tindakan Tun Dr Mahathir terhadap timbalannya seperti Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disingkirkan sebab mahu jadi Perdana Menteri untuk 22 tahun.

Dalam pada itu, beliau juga melihat tindakan yang dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan itu pafa masa ini lebih kepada cemburukan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Datuk Seri Najib Tun Razak baru memerintah lapan tahun, dia sudah kacau macam-macam.

“Dia marah dan cemburu dengan Najib kerana apa yang dilakukan oleh Najib untuk rakyat, telah mengatasi apa yang dia lakukan dahulu, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi untuk semua kaum,” ulas Tan Sri Nallakaruppan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top