10/03/2018 — 194 Terjejas Banjir Kilat Terima Bantuan:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Menerusi Tabung Bencana Daerah, 194 pemilik rumah di Changkat Jong dan Sungai Manik yang terjejas akibat banjir kilat menerim bantuan. Menurut ADUN Teluk Intan, Menerusi Tabung Bencana Daerah, 194 pemilik rumah di Changkat Jong dan Sungai Manik yang terjejas akibat banjir kilat menerim bantuan. Menurut ADUN Teluk Intan, Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 10/03/2018 — 194 Terjejas Banjir Kilat Terima Bantuan:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

10/03/2018 — 194 Terjejas Banjir Kilat Terima Bantuan:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn 194 Terjejas Banjir Kilat Terima BantuanMenerusi Tabung Bencana Daerah, 194 pemilik rumah di Changkat Jong dan Sungai Manik yang terjejas akibat banjir kilat menerim bantuan.

Menurut ADUN Teluk Intan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata jumlah keseluruhan wang bantuan kira-kira RM100,000 diserahkan kepada 139 penerima dari DUN Sungai Manik dan 55 dari DUN Changkat Jong.

“Bantuan telah disampaikan kepada semua mangsa ribut sumbangan melalui tabung bencana daerah semalam dan tabung tersebut adalah insiatif daripada Menteri Besar disalurkan kepada daerah untuk dimanfaatkan secara segera tanpa perlu memohon kelulusan melalui pegawai daerah disalurkan kepada adun di setiap kawasan,” katanya.

Katanya, bantuan yang diberikan adalah untuk membantu sebahagian kos kerugian yanh dialami oleh mangsa dan ia bukanlah keseluruhan yang ditanggung.

Menerusi tabunh berkenaan, ia juga adalah inisiatif awal yang mana mangsa boleh menerimanwang bantuan dalam tempoh tiga minggu.

“Tabung bencana daerah adalah inisiatif awal tak tunggu proses biasa yang mengambil masa yang lama dan melaluinya dapat diatasi dalam tempoh tiga minggu jadi sumbangan ini dapat digunakan menampung kos kehidupan yang terjejas hingga tidak dapat bekerja.

“Mereka perlu buat laporan polis untuk bukti bagi mendapatkan maklumat sahih mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Harap masyarakat faham prosedur kewangan yang ditetapkan dan bantuan tersebut tanda keprihatinan kerajaan terhadap mangsa terlibat,”ujarnya.

Datuk Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri berkata demikian pada Program Ziarah Kasih Perakfm Prihatin bersama Masyarakat di Kampung Sitiawan, pada Jumaat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top