09/03/2018 — Yakin Hutan Melintang ‘Kembali’ Pada BN:- Datuk Shahrul Zaman Yahaya Reviewed by Perak BN on . Pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) di daerah Bagan Datuk diyakini mampu mengukuhkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap kep Pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) di daerah Bagan Datuk diyakini mampu mengukuhkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap kep Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/03/2018 — Yakin Hutan Melintang ‘Kembali’ Pada BN:- Datuk Shahrul Zaman Yahaya

09/03/2018 — Yakin Hutan Melintang ‘Kembali’ Pada BN:- Datuk Shahrul Zaman Yahaya

perakbn Yakin Hutan Melintang Kembali Pada BNPembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) di daerah Bagan Datuk diyakini mampu mengukuhkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata sebagai kubu kuat BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau yakin kawasan DUN Hutan Melintang yang kini milik pembangkang mampu dirampas semula.

“Satu ketika dahulu Bagan Datuk merupakan kubu kuat BN, saya pasti dengan apa yang telah berlaku di sini ketika ini, ia memberi satu harapan kepada penduduk yang memang mahukan pembangunan,” katanya.

Tambahnya lagi, di bawah teraju pemimpin nombor dua negara yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, rakyat di kawasan ini mempunyai kelebihan.

Justeru Datuk Shahrul Zaman berharap agar rakyat dapat memberi mandat pada BN untuk mentadbir pada pilihan raya akan datang.

“Rakyat mempunyai pemimpin nombor dua negara di sini sebagai wakil rakyat, kami yakin mandat akan terus diberikan malahan sokongan itu akan lebih kuat daripada sebelum ini.

“Kita di Bagan Datuk yang diketuai oleh Datuk Seri konsisten melakukan kerja demi rakyat dan kita akui kita perlukan sedikit masa lagi untuk teruskan agenda dirancang kerana pembangunan daerah ini tidak akan ada noktah selagi di bawah BN,” katanya.

Difahamkan, setakat ini sebanyak 46 projek bernilai RM61 juta projek di bawah kerajaan persekutuan melibatkan peruntukan khas Timbalan Perdana Menteri yang sedang dilaksanakan di Bagan Datuk.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top