09/03/2018 — PH Manifesto, Janji Dulu, Pelaksanaan Nombor Dua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Manifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersifat janji dulu, laksana kemudian, demikian ulas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Semal Manifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersifat janji dulu, laksana kemudian, demikian ulas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Semal Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/03/2018 — PH Manifesto, Janji Dulu, Pelaksanaan Nombor Dua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

09/03/2018 — PH Manifesto, Janji Dulu, Pelaksanaan Nombor Dua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn PH Manifesto Janji Dulu Pelaksanaan Nombor DuaManifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersifat janji dulu, laksana kemudian, demikian ulas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, pihak pembangkang itu telah melancarkan manifestonya yang mana ia lebih kepada kenyataan berjanji semata-mata dengan tujuan untuk menarik perhatian rakyat

“Paling penting rakyat harus percaya apa yang mereka ingin sampaikan soal sama ada mereka ingin laksanakan atau tidak adalah perkara kedua dengan pelbagai alasan nanti.

“Contoh penghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), peringkat awal boleh katakan begitu namun nanti mereka boleh cakap kerajaan dulu telah laksanakan kita nak ubah balik pastinya ada alasan sebegitu,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa ditemui di Kampung Teluk, Ayer Tawar hari ini.

Bagi pihak Kerajaan, beliau menegaskan bahawa dari aspek pembangunan ekonomi mahupun sosial dan politik, ia dilaksanakan dan dirancang lebih realistik.

Seperti perjuangan PH untuk menghapuskan hutang peneroka Felda, subsidi petrol, dan juga BR1M yang mana ia tidak semudah untuk dimansuhkan.

“Mereka agak berhati-hati juga memberikan sesuatu tetapi kebanyakkannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional, seperti sistem gaji minimum telah dilaksanakan kerajaan.

“Kalau gula terlampau banyak orang tak suka juga ..Berhati-hati buat manifesto,” katanya dalam nada gurauan,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top