09/03/2018 — ‘Bendera Damai’ Simbolik Damai Itu Indah:- Anand Baharuddin Reviewed by Perak BN on . Mesej kedamaian yang dilakukan oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) disampaikan dengan cara dan pendekatan yang tersendiri. Pengetuanya, Anand Baharuddin berk Mesej kedamaian yang dilakukan oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) disampaikan dengan cara dan pendekatan yang tersendiri. Pengetuanya, Anand Baharuddin berk Rating: 0
You Are Here: Home » General » 09/03/2018 — ‘Bendera Damai’ Simbolik Damai Itu Indah:- Anand Baharuddin

09/03/2018 — ‘Bendera Damai’ Simbolik Damai Itu Indah:- Anand Baharuddin

perakbn Bendera Damai Simbolik Damai Itu IndahMesej kedamaian yang dilakukan oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) disampaikan dengan cara dan pendekatan yang tersendiri.

Pengetuanya, Anand Baharuddin berkata sejak tiga kali dianjurkan upacara sambutan, pihaknya kita berkongsi cerita di sebalik ‘bendera damai’ yang dijadikan simbolik kepada sokongan terhadap kedamaian kepada masyarakat luar.

“Kita ingin wujudkan kedamaian, toleransi, perasaan saling hormat-menghormati supaya suasana kehiduapan di sekolah dapat melalui pendidikan yang selesa.

“Dalam zaman media masa hari ini banyak ditularkan perkara-perkara negatif, jadi kita membendung salah laku khususnya melibatkan kekerasan fizikal.

“Tahun ini kita berharap ia dapat diadakan diperingkat negeri supaya mesej yang mulia ini lebih disebarkan di sekolah lain dan masyarakat umum,” katanya semasa ditemui pemberita pada sidang media di Padang Ipoh.

Terdahulu upacara menaikkan Bendera Damai yang berukukan 15m X 9m telah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir pada sekitar jam 9.00 pagi, tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

MCKK menganjurkan program Sambutan Hari Keamanan 2018 dengan melibatkan 1,000 pelajar termasuk 400 daripadanya terdiri daripada pelajar sekolah asrama penuh dan sekolah harian.

‘Bendera Damai’ akan berada di Padang Ipoh pada hari ini dinaikkan semula di lokasi lain pada satu majlis khas.

“Ianya bukanlah yang terbesar di dunia namun, ianya sangat bermakna,”kata Anand lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top