08/03/2018 — #Pemukiman parlimen lumut 2018 Minta WCE Bertindak Jika Timbul Isu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meminta supaya pihak pengurusan projek lebuhraya pantai barat (WCE) memaklumkan sebarang perkara yang diaki Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meminta supaya pihak pengurusan projek lebuhraya pantai barat (WCE) memaklumkan sebarang perkara yang diaki Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/03/2018 — #Pemukiman parlimen lumut 2018 Minta WCE Bertindak Jika Timbul Isu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/03/2018 — #Pemukiman parlimen lumut 2018 Minta WCE Bertindak Jika Timbul Isu:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #Pemukimanparlimenlumut2018 Minta WCE Bertindak Jika Timbul IsuMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meminta supaya pihak pengurusan projek lebuhraya pantai barat (WCE) memaklumkan sebarang perkara yang diakibatkan oleh kerja-kerja pembinaan yang dilakukan.

Jelas beliau, selain memastikan projek tersebut siap dalam tempoh yang dijadualkan, beliau juga mahu isu atau permasalah yang berlaku tidak menjejaskan penduduk tempatan.

“Saya dimaklumkan bahawa projek itu akan disiapkan pada waktunya. Saya juga memaklumkan pada WCE, jika ada perkara-perkara yang timbul akibat daripada projek WCE yang berjalan seperti banjir kilat hendaklah diambil tindakan segera dan perlu memperbaikinya,” katanya pada sesi sidang media sempena program Pemukiman Menteri Besar di Parlimen Lumut, pada Khamis.

Permulaan bagi projek WCE di Perak adalah bermula di Simpang Empat, Hutan Melintang dan seterusnya melalui kawasan di Seberang Perak, Manjung, Sitiawan dan dengan susur ke luarnya di Perak Tengah.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkesempatan mengadakan tinjauan ke tapak projek tersebut di sekitar Lekir.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa sesi pemukiman yang berlangsung sehingga 11 Mac ini memberi peluang untuk melihat perkembangan terhadap setiap projek yang dijanjikan oleh Kerajaan kepada rakyat tempatan.

“Tadi saya berada di Lekir dan sebelum itu saya bersama anggota tentera dapat berjumpa dengan anggota TLDM dan turut melihat beberapa projek yang dijanjikan. Dan alhamdulillah perkara yang dijanjikan dalam proses penyiapan seperti projek sekolah.

“Kita melihat tempat lain seperti di Lekir, kita turun meninjau jualan FAMA yang makan akan diwujudkan (tapak kekal) dan ia sedang disiapkan, dalam tempoh beberapa bulan kawasan itu akan dilengkapkan.” Katany yang berpuas hati dengan perjalanan projek yang dijanjikan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengharapkan agar pembangunan pekan kecil di Batu 10 Lekir yang siap dan telah beroperasi digunakan sebaik mungkin oleh penduduk tempatan.

“Kita tubuhkan pekan kecil di kawasan tersebut dan ia telah siap dan ia mula beroperasi dan kita harap ia jadi pusat pertumbuhan ekonomi desa,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top