08/03/2018 — #Pemukiman Parlimen Lumut 2018 Malang Jika Calon Tiada Potensi Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Barisan Nasional (BN) negeri Perak sedang memasuki pusingan akhir bagi menilai senarai calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusinya, Datuk Ser Barisan Nasional (BN) negeri Perak sedang memasuki pusingan akhir bagi menilai senarai calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengerusinya, Datuk Ser Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 08/03/2018 — #Pemukiman Parlimen Lumut 2018 Malang Jika Calon Tiada Potensi Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

08/03/2018 — #Pemukiman Parlimen Lumut 2018 Malang Jika Calon Tiada Potensi Menang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn #Pemukimanparlimenlumut2018 Malang Jika Calon Tiada Potensi MenangBarisan Nasional (BN) negeri Perak sedang memasuki pusingan akhir bagi menilai senarai calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata penilaian kini sedang diperhalusi dari aspek kedudukan calon-calon yang benar-benar layak dan seterusnya mampu memberikan kemenangan kepada parti.

“Mungkin ada kerusi yang kita yakin untuk dimenangi, tetapi kalau kita letakkan calon yang tidak potensi menang, ia amatlah malang.

“Bagaimanapun, adalah menjadi prinsip Barisan Nasional yang mana kita sentiasa berbincang dan bermesyuarah,” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada Lawatan Tapak Projek Pasar Tani Kekaldi Batu 10, Lekir hari ini.

Mengenai tindakan parti komponen BN yang sebilangannya telah memutuskan nama calon mereka, Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengakui ia dibuat atas dasar perbincangan.

“Saya juga ingin maklumkan kedudukan komponen-komponen parti biasanya, mereka akan adakan perbincangan, namun akhirnya akan ada perbincangan dengan presiden-presiden parti komponen berkenaan dengan kepimpinan tertinggi.

“Bagaimanapun saya ingatkan mereka (parti komponen), agar calon-calon yang dikemukakan bolehlah memenangi (kerusi). Adalah malang jika calon dipilih hanya menerusi penilaian yang tidak memberi potensi pada kemenangan,” ujar Menteri Besar itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top