07/06/2018 –“Mungkin Kali Terakhir”:- DS Hamzah Zainuddin Reviewed by Perak BN on . Jika berita palsu tidak dibendung daripada sekarang, maka tidak mustahil ia akan menjejaskan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan pelbagai cerita fitnah yang Jika berita palsu tidak dibendung daripada sekarang, maka tidak mustahil ia akan menjejaskan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan pelbagai cerita fitnah yang Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/06/2018 –“Mungkin Kali Terakhir”:- DS Hamzah Zainuddin

07/06/2018 –“Mungkin Kali Terakhir”:- DS Hamzah Zainuddin

perakbn Mungkin Kali Terakhir

Jika berita palsu tidak dibendung daripada sekarang, maka tidak mustahil ia akan menjejaskan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan pelbagai cerita fitnah yang tersebar.

Dalam hal ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata jika keadaan itu berlaku, beliau tidak hairan jika penggal ini menjadikan penggal terakhir buatnya berkhidmat bagi pihak Kerajaan.

“Kalau anda mahu saya berdiri di sini lagi selepas PRU-14, pertahankan kerajaan sedia ada.

“Tapi kalau pilihan raya ini dirosakkan melalui fitnah, ini mungkin kali terakhir saya berhadapan dengan saudara-saudari semua,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 agensi-agensi Kementerian di ibu negara semalam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa tindakan kerajaan untuk menggubal satu undang-undang berkaitan berita palsu, seharusnya diberi sokongan.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Hamzah menasihatkan rakyat supaya tidak mempercayai bulat-bulat berita palsu daripada pihak pembangkang terutama ketika menjelangnya pilihan raya nanti.

“Sekiranya kerajaan tidak bertindak sekarang, berita palsu boleh menyebabkan kerajaan tumbang,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top