07/03/2018 — Perkhidmatan Bas Rapid Manjung Percuma Sehingga 31 Mac:- Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip Reviewed by Perak BN on . Pihak Berkuasa Pelaksanaan Wilayah Koridor Utara (NCIA) selaku penyedia perkhidmatan bas Rapid Manjung menawarkan tambang percuma bagi pengguna sehingga 31 Mac Pihak Berkuasa Pelaksanaan Wilayah Koridor Utara (NCIA) selaku penyedia perkhidmatan bas Rapid Manjung menawarkan tambang percuma bagi pengguna sehingga 31 Mac Rating: 0
You Are Here: Home » General » 07/03/2018 — Perkhidmatan Bas Rapid Manjung Percuma Sehingga 31 Mac:- Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip

07/03/2018 — Perkhidmatan Bas Rapid Manjung Percuma Sehingga 31 Mac:- Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip

perakbn Perkhidmatan Bas Rapid Manjung Percuma Sehingga 31 MacPihak Berkuasa Pelaksanaan Wilayah Koridor Utara (NCIA) selaku penyedia perkhidmatan bas Rapid Manjung menawarkan tambang percuma bagi pengguna sehingga 31 Mac ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata perkhidmatan bas ini tertumpu di kawasan bandar melibatkan dua laluan iaitu Seri Manjung ke Pangkalan TLDM dan Laluan Dalam Bandar atau Manjung City Loop secara serentak dua hala.

“Perkhidmatan bas percuma ini juga akan melalui laluan utama merangkumi kawasan penting seperti hospital, sekolah, pusat pengajian, terminal Jeti, masjid dan pusat beli-belah,” katanya.

Dari segi waktu operasi, bas Rapid yang beroperasi setiap hari adalah bermula pada pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam dengan kekerapan laluan 45 minit.

Datuk Mohamad Fariz berkata setakat ini, jumlah bas yang disediakan adalah sebanyak 10 buah.

“Pendekatan ini (tambang percuma) bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai perkhidmatan yang diberikan sebelum dikenakan bayaran awal April ini.

“Kadar bayaran tambang yang dikenakan kelak juga tidak akan membebankan,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Manjung, baru-baru ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top