07/03/2018 — Lanjutan Pemilihan UMNO Tertakluk Pada ‘Kuasa Rizab’ RoS:- Datuk Hafarizam Harun Reviewed by Perak BN on . Keputusan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan penangguhan pemilihan UMNO adalah tertakluk kepada 'kuasa rizab' yang dimiliki oleh pihak berkenaan. J Keputusan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan penangguhan pemilihan UMNO adalah tertakluk kepada 'kuasa rizab' yang dimiliki oleh pihak berkenaan. J Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 07/03/2018 — Lanjutan Pemilihan UMNO Tertakluk Pada ‘Kuasa Rizab’ RoS:- Datuk Hafarizam Harun

07/03/2018 — Lanjutan Pemilihan UMNO Tertakluk Pada ‘Kuasa Rizab’ RoS:- Datuk Hafarizam Harun

perakbn Lanjutan Pemilihan UMNO Tertakluk Pada Kuasa Rizab RoSKeputusan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan penangguhan pemilihan UMNO adalah tertakluk kepada ‘kuasa rizab’ yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

Jelas penasihat undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, ‘kuasa rizab’ yang dimiliki itu adalah di bawah Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang mana ia membenarkan RoS untuk mempertimbangkan mana-mana permohonan penangguhan pemilihan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Dalam masa yang sama penangguhan pemilihan sehingga April 2019 nanti juga tidak melanggar Perlembangaan parti.

“Di bawah Fasal 10.16 dalam Perlembagaan UMNO, Majlis Tertinggi UMNO berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan tetapi tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya.

“Berdasarkan daripada tempoh tersebut, pemilihan UMNO perlu diadakan pada April ini, namun parti tersebut telah mengemukakan permohonan lanjutan penangguhan kepada RoS hujung tahun lalu bagi memastikan kemantapan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” jelas Datuk Hafarizam.

Terdahulu beberapa pemimpin dan penyokong pembangkang dilihat sengaja mewujudkan persepsi apabila mempertikaikan mengenai lanjutan pemilihan UMNO.

Datuk Hafarizam juga menjelaskan bahawa mana-mana parti politik dan NGO yang ingin memohon lanjutan penangguhan tersebut, boleh berbuat demikian dan ia tidak semata-mata keistimewaan untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja.

“Seterusnya bergantung pada budi bicara RoS, sama ada ingin meluluskannya atau menolak,” ujar beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top