06/03/2018 — Tidak Salah Husni Nyatakan Hasrat Bertanding:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyambut baik mana-mana wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyambut baik mana-mana wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 06/03/2018 — Tidak Salah Husni Nyatakan Hasrat Bertanding:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

06/03/2018 — Tidak Salah Husni Nyatakan Hasrat Bertanding:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tidak Salah Husni Nyatakan Hasrat BertandingMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyambut baik mana-mana wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Walau bagaimanapun, pada peringkat akhir pengumuman calon, semua pihak perlu menerima segala keputusan yang ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Kita tidak ada halangan untuk nyatakan hasrat bertanding atau terus katakan ingin berikan perkhidmatan, yang paling penting adalah keputusan pucuk kepimpinan.

“Yang paling penting mereka yang suarakan hasrat untuk beri khidmat, namun pucuk kepimpinan akan buat penilaian dan apabila keputusan dibuat maka keputusan perlu diikuti dan dipatuhi termasuk siapa sahaja,” ujar beliau.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu diminta mengulas mengenai hasrat Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang bersedia dicalonkan pada pilihan raya akan datang.

Dalam hal ini, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menghargai hasrat yang dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua itu.

“Datuk Seri Husni buat kenyataan yang katanya hasrat (bertanding) dan beliau juga mengakui jika Perdana Menteri buat keputusan apapun beliau akan akur.

“Pada saya tiada salahnya Datuk Seri Husni nyatakan hasratnya,” katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top