06/03/2018 — Penerbangan Ipoh –Medan, Strategi Tarik Pelancong:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Keputusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk membuka semula laluan dari Ipoh ke Medan, Indonesia mulai 16 Mac ini dilihat sebagai satu pencapaian dalam pela Keputusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk membuka semula laluan dari Ipoh ke Medan, Indonesia mulai 16 Mac ini dilihat sebagai satu pencapaian dalam pela Rating: 0
You Are Here: Home » General » 06/03/2018 — Penerbangan Ipoh –Medan, Strategi Tarik Pelancong:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

06/03/2018 — Penerbangan Ipoh –Medan, Strategi Tarik Pelancong:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Penerbangan Ipoh –Medan Strategi Tarik PelancongKeputusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk membuka semula laluan dari Ipoh ke Medan, Indonesia mulai 16 Mac ini dilihat sebagai satu pencapaian dalam pelaksanaan pelan strategi Kerajaan Negeri untuk menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang teruja dengan keputusan itu mengakui bahawa penyediaan perkhidmatan udara yang ditawarkan itu turut menawarkan kemudahan buat rakyat di negeri sekitar Perak.

“Dengan sendirinya (keputusan yang dibuat) telah wujudkan perhubungan udara dengan negara Indonesia bagi destinasi-destinasi yang lain juga dan ia bukan sahaj peluang untuk penduduk negeri Perak tetapi juga rakyat di negeri sekitarnya untuk menggunakan perkhidmatan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

“Saya gembira dengan keputusan pihak Malindo Air yang mana ia adalah hasil perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri selama ini dan ini juga salah satu daripada strategi Kerajaan Negeri untuk tarik pelancong dari luar datang,” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awan Negeri Perak Tahun 2017 di Ipoh, hari ini.

Malindo Air menawarkan penerbangan empat kali seminggu ke Ipoh- Medan-Ipoh iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Masa penerbangan adalah pada pukul 10.05 pagi yang mana penerbangan bermula dari LTSAS.

“Dengan keputusan Malindo Air ini, ia menambahkan perkhidmatan penerbangan dan menjadikan LTSAS semakin sibuk dan jadi tumpuan pelancong-pelancong dari serantau negara,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Pada masa ini LTSAS turut menyediakan perkhidmatan bagi penerbangan oleh syarikat FireFly dari Ipoh ke Singapura dan Johor Bahru.

Untuk perancangan akan datang, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu pihaknya kini dalam usaha mendapatkan perkhidmatan penerbangan bagi destinasike China yang mana tempoh penerbangan sehala antara tiga jam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top