06/03/2018 — Kempen Ikut Peraturan, Tidak Perlu Berbohong:- Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid Reviewed by Perak BN on . UMNO Kamunting tidak sesekali menghalang mana-mana pihak untuk berkempen apatah lagi menghalang hak kebebasan bersuara. Dalam hal ini, ADUN Kamunting, Datuk Moh UMNO Kamunting tidak sesekali menghalang mana-mana pihak untuk berkempen apatah lagi menghalang hak kebebasan bersuara. Dalam hal ini, ADUN Kamunting, Datuk Moh Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 06/03/2018 — Kempen Ikut Peraturan, Tidak Perlu Berbohong:- Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid

06/03/2018 — Kempen Ikut Peraturan, Tidak Perlu Berbohong:- Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid

perakbn Kempen Ikut Peraturan Tidak Perlu BerbohongUMNO Kamunting tidak sesekali menghalang mana-mana pihak untuk berkempen apatah lagi menghalang hak kebebasan bersuara.

Dalam hal ini, ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menafikan dakwaan wujud tindakan menghalang pemimpin Pakatan Harapan daripada berceramah di Kaki Bukit Jana, Taiping pada Sabtu lepas.

“Nak berkempen tiada masalah tapi ikutlah peraturan, jangan pula berbohong dengan memanipulasi kenyataan dalam surat khabar.

“Mereka letakkan treler yang menghalang jalan utama penduduk sehingga ganggu orang yang hendak ke surau dan pulang ke rumah masing-masing.

“Saya tunjuk bukti treler yang dijadikan pentas utama pada malam Sabtu lalu, malah terdapat beberapa laporan polis juga dibuat oleh penduduk “jelasnya yang ketika mengadakan sidang media di Pusat Khidmta ADUN Kamunting pada Isnin.

Beliau yang merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, menyelar tindakan Pengerusi DAP , Nga Kor Ming dikatakan berbohong kepada rakyat tentang situasi sebenar yang berlaku pada malam ceramah tersebut.

Kor Ming dilaporkan telah berkata program ceramah Pakatan Harapan itu telah diganggu polis dan pemimpin politik setempat.

“Kami menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan kononnya pihak tertentu cuba menghalang kebebasan bersuara di pentas ceramah pemimpin Harapan,” jelas Datuk Mohammad Zahir.

Mengenai ceramah yang diadakan itu, Ketua Polis Perak Hasnan Hassan dalam sidang media di Ipoh pada Ahad berkata pihaknya akan mengambil tindakn terhadap penganjur Ceramah Jelajah Pakatan Harapan kerana menganjurkan ceramah tanpa permit di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top