05/03/2018 — Tanah Felda, Yakin Penerima Tidak Salah Guna:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penerima hak milik tanah Felda diyakini akan memanfaat sepenuhnya pemberian yang itu bagi mengubah taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Keyakinan itu Penerima hak milik tanah Felda diyakini akan memanfaat sepenuhnya pemberian yang itu bagi mengubah taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Keyakinan itu Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/03/2018 — Tanah Felda, Yakin Penerima Tidak Salah Guna:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

05/03/2018 — Tanah Felda, Yakin Penerima Tidak Salah Guna:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Tanah Felda Yakin Penerima Tidak Salah GunaPenerima hak milik tanah Felda diyakini akan memanfaat sepenuhnya pemberian yang itu bagi mengubah taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir selepas ditemui pada Majlis Penyampaian dan Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Pertama kepada peneroka di Felda Besout2, hari ini.

“Ini usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kita ingin pastikan mereka mereka terus berada di sini …kita ambil keputusan untuk serahkan tanah kepada mereka.

“Pemberian ini juga berjaya dilakukan atas kerjasama semua terutama ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib serta pihak Pejabat Tanah serta Kerajaan Negeri sendiri,”

“Saya mengharapkan agar mereka jaga tanah mereka dan saya yakin mereka tidak akan menjual tanah ini atau membiarkan tanah ini terbiar,” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada sesi sidang media.

Secara keseluruhannya seramai 115 orang peneroka menerima dua bentuk hak milik iaitu untuk tanah penempatan dan tanah ladang seluas 10 ekar oleh setiap orang.

“Saya harap mereka menggunakan hak milik mereka ini dan jaga dengan sebaik-baikny,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Ditanya mengenai hubungan antara pihak kepimpinan dengan para peneroka, beliau merasai akan interaksi yang positif yang diterimanya.

Ini sekaligus menolak dakwaan dan gambaran buruk yang dicerita pihak pembangkang yang kononnya pihak peneroka membentuk hubungan yang dingin dengan pihak Kerajaan.

“Saya lihat interaksi yang saya lakukan dengan masyarakat Felda di sini dan wakil rakyat yang lain, saya tidak lihat seolah-olah mereka (peneroka) terasing seperti yang digambarkan pembangkang.

“Mereka begitu baik dan oleh kerana usaha yang kita laksanakan sepanjang masa, lantaran itu saya lihat hubungan (baik) itu sentiasa ada berbanding pihak tertentu yang datang untuk membakar kebencian dan bina sesuatau yang tidak baik.

“Mereka (peneroka) tahu tenatng usaha kerajaan yang dilakukan untuk mereka di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri kita,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top