05/03/2018 — Pengikhtirafan Untuk Warga MBI:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Penganugerah yang diterima oleh Datuk Bandar, Datuk Zamri Man sebagai Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pingat Kebesaran Tertinggi Jabatan Bomba & P Penganugerah yang diterima oleh Datuk Bandar, Datuk Zamri Man sebagai Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pingat Kebesaran Tertinggi Jabatan Bomba & P Rating: 0
You Are Here: Home » General » 05/03/2018 — Pengikhtirafan Untuk Warga MBI:- Datuk Zamri Man

05/03/2018 — Pengikhtirafan Untuk Warga MBI:- Datuk Zamri Man

perakbn Pengikhtirafan Untuk Warga MBIPenganugerah yang diterima oleh Datuk Bandar, Datuk Zamri Man sebagai Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pingat Kebesaran Tertinggi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia iaitu Pingat Ketua Pengarah Bomba disifatkan beliau sebagai pengiktirafan buat semua warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Memetik kenyataan yang dikeluarkan MBI semalam, penganugerahan itu sebagai menghargai usaha dan bakti yang diberikan terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Anugerah ini bukan sahaja satu pengiktirafan buat saya tetapi juga kepada seluruh warga MBI dan warga kota Ipoh.

“Semoga anugerah seumpama ini akan menyuntik lebih semangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga MBI, warga kota Ipoh, agensi kerajaan dan swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” kata Datuk Zamri.

Anugerah tertinggi yang diterima daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim disaksikan oleh para pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Datuk Zamri berkata beliau yang terharu dengan anugerah tertinggi yang diterimanya itu akan sentiasa memberikan perkhidmatan serta bantuan dan sokongan kepada pasukan penyelamat itu bagi menjalankan program dan aktiviti untuk kesejahteraan rakyat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top