05/03/2018 — Pengikhtirafan NY Times, Tiada Yang Mustahil:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa terharu dengan pengikhtirafan yang diberikan oleh akhbar antarabangsa, The New York Times m Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa terharu dengan pengikhtirafan yang diberikan oleh akhbar antarabangsa, The New York Times m Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 05/03/2018 — Pengikhtirafan NY Times, Tiada Yang Mustahil:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

05/03/2018 — Pengikhtirafan NY Times, Tiada Yang Mustahil:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Pengikhtirafan NY Times Tiada Yang MustahilMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa terharu dengan pengikhtirafan yang diberikan oleh akhbar antarabangsa, The New York Times mengenai bandar raya Ipoh.

Dalam hal ini beliau berharap supaya warga Perak terutama rakyat di Ipoh, supaya sentiasa terus bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk mengekalkan aspek kebersihan dan keindahan bandar raya ini.

“Ada yang kata mustahil untuk dapat pengikhtirafan ini, jadi (rakyat) jagalah negeri kita, jagalah bandaraya Ipoh dan jagalah juga di kawasan kerajaan tempatan yang lain.

“Dengan pengikhtirafan sebegini, ia buktikan bagaimana kita telah membangunkan Ipoh menjadi destinasi dunia dan antarabangsa. Jadi kita sebagai warga Ipoh dan Perak hendakalah bersama-sama memastikan Ipoh menjadi kawasan yang cantik, bersih dan ada identiti yang disebutkan itu (oleh The New York Times),” katanya.

Beliau turut yakin bahawa kawasan dan daerah lain juga berpotensi dijadikan kawasan tarikan jika usahasama diberikan oleh semua pihak.

Ini merujuk kepada kedudukan 10 terbaik pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara yang mana dua daripadanya melibatkan PBT di Perak iaitu Ipoh (pertama) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di kedudukan ke sembilan.

“Kita ada daerah-daerah lain yang menarik dan belum lagi diterokai sepenuhnya.

“Secara perbandingan dengan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, daerah Tanjung Malim, Batang Padang dan Mualim boleh dijadikan contoh untuk dilawati dan didatangi pelancong-pelancong,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau mengulas perkara itu ketika ditemui pemberita di Gunung Besout 2, hari ini.

Pada Rabu lepas, The New York Times yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat di ruangan Travel menerbitkan artikel bertajuk ‘Why Ipoh, Malaysia, Should be on your Travel Radar’ dengan berkisarkan mengenai keistimewaan yang ada di Ipoh.

Sebelum itu, portal pengembaraan dunia, Lonely Planet telah menyenaraikan Ipoh sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati tahun lalu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top