04/03/2018 — MBI Perinci Tindakan Tegas Terhadap Pembuang Sampah:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dalam perincian terhadap pelaksanaan tindakan tegas ke atas pesalah pembuang sampah. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dalam perincian terhadap pelaksanaan tindakan tegas ke atas pesalah pembuang sampah. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berka Rating: 0
You Are Here: Home » General » 04/03/2018 — MBI Perinci Tindakan Tegas Terhadap Pembuang Sampah:- Datuk Zamri Man

04/03/2018 — MBI Perinci Tindakan Tegas Terhadap Pembuang Sampah:- Datuk Zamri Man

perakbn MBI Perinci Tindakan Tegas Terhadap Pembuang SampahMajlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dalam perincian terhadap pelaksanaan tindakan tegas ke atas pesalah pembuang sampah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pihaknya bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Perak telah mengadakan siri perbincangan bersama Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan bagi menangani masalah sampah.

“Antara cadangan tindakan adalah perkhidmatan masyarakat, denda sebanyak RM250 ditingkatkan dan beberapa cadangan lagi.

“Perkhidmatan masyarakat juga ada pelbagai bentuk mungkin individu berkenan akan menguruskan sampah atau bentuk lain dari aspek kebersihan bagaimanapun segala keputusan bakal diputuskan kerajaan negeri,” katanya.

Bagi memutuskan sebarang tindakan kepada pesalah pembuang sampah, Datuk Zamri memaklumkan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Zamri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada warga Ipoh yang melunaskan cukai taksiran yang berakhir semalam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top