02/03/2018 — Saran Pemaju Sediakan 5 Peratus Kuota Perumahan OKU, Ibu Tunggal, Belia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menerusui polisi yang tertakluk di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), pemaju disaran untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya lima Menerusui polisi yang tertakluk di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), pemaju disaran untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya lima Rating: 0
You Are Here: Home » General » 02/03/2018 — Saran Pemaju Sediakan 5 Peratus Kuota Perumahan OKU, Ibu Tunggal, Belia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

02/03/2018 — Saran Pemaju Sediakan 5 Peratus Kuota Perumahan OKU, Ibu Tunggal, Belia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Saran Pemaju Sediakan 5 Peratus Kuota Perumahan OKU Ibu Tunggal BeliaMenerusui polisi yang tertakluk di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), pemaju disaran untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya lima peratus kuota pembinaan untuk golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan belia.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, polisi tersebut bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat oleh pemaju dan agensi perumahan itu sendiri.

“Walau bagaimanapun, jika sekiranya kawasan perumahan (kuota) itu telah ditawarkan tetapi tiada pembeli, maka terpulang kepada pemaju untuk menjual kepada sesiapa pun.

“Ia bukan dasarlah satu yang mengunci, tetapi saya minta kerjasama semua supaya ini adalah sebagai menunjukkan dasar kebajikan dan keprihatinan kita kepada keperluan golongan ini.

“Ini anjuran (sarankan) kita (Kerajaan Negeri) dan ia bukan sesuatu yang mesti (dipatuhi),” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian pada sesi sidang media selepas merasmikan Ekspo Jualan Edisi Perak Perbadanan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Ipoh Convention Centre, Khamis petang.

Pada masa ini, dasar tersebut telahpun dilaksanakan melalui pembinaan kawasan perumahan kos rendah dan mampu milik di bawah LPHP sejak beberapa tahun lepas.

“Dalam konteks lembaga perumahan negeri Perak, kita telahpun laksanakan dasar itu . Saya mengajak agensi dan pemaju perumahan mempamerkan keprihatinan mereka,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top