02/03/2018 — Ekspo Jualan Perumahan Tawar 38,000 Unit Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menerusi penganjuran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Perak PR1Ma yang sedang berlangsung sehingga 5 Mac ini, sebanyak 38,000 unit rumah ditawarkan dengan melibatka Menerusi penganjuran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Perak PR1Ma yang sedang berlangsung sehingga 5 Mac ini, sebanyak 38,000 unit rumah ditawarkan dengan melibatka Rating: 0
You Are Here: Home » General » 02/03/2018 — Ekspo Jualan Perumahan Tawar 38,000 Unit Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

02/03/2018 — Ekspo Jualan Perumahan Tawar 38,000 Unit Kediaman:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Ekspo Jualan Perumahan Tawar 38,000 Unit KediamanMenerusi penganjuran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Perak PR1Ma yang sedang berlangsung sehingga 5 Mac ini, sebanyak 38,000 unit rumah ditawarkan dengan melibatkan perumahan mampu milik dan kos rendah.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang menyambut baik inisiatif menerusi pendekatan NBOS ini berharap ia akan memberi peluang kepada golongan B40 terutamanya untuk membuat pilihan secara terbuka menentukan kediaman masing-masing.

“Tahniah kepada semua pihak terutama PR1MA yang mengambil inisiatif bersama-sama dengan agensi-agensi perumahan yang lain seperti Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)

“Program ini amat baik kerana ia dapat memberi peluang untuk rakyat melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan terutama agensi perumahan untuk menyediakan kepada rakyat rumah pada kadar kemampuan mereka.

“Dengan pendekatan ini akan lebih terbuka untuka rakyat pilih rumah secara terbuka,” kata beliau pada sesi sidang media selepas merasmikan ekspo bertemakan Ke Arah Sejuta Impian di Ipoh, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Melihat kepada kerjasama yang terjalin, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menyeru semua agensi dan jabatan yang terlibat untuk terus bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri bagi merangka perancangan pembinaan rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah.

“Saya percaya dengan konteks kerjasama ini kerana semua kita bermatlamat adalah untuk sediakan perumahan kepada rakyat di negara ini.

“Jika ada kerjasama yang erat dan saling faham memahami dalam konteks sesebuah negeri itu; maka saya yakin masalah-masalah berkaitan dengan kemampuan (rakyat) memiliki rumah di sesebuah negeri dapat dikurangkan dan diatasi sebaik-baiknya.

“Kerjasama sinergi ini amat-amat mustahak,” saran beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top