25/02/2018 — PPBM Berlakon Konon Tiada Wang:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Bagi penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di negeri Perak, mereka akan menerima wang bantuan itu terus ke akaun bank masing-masing. Dalam satu kenyataan, P Bagi penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di negeri Perak, mereka akan menerima wang bantuan itu terus ke akaun bank masing-masing. Dalam satu kenyataan, P Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 25/02/2018 — PPBM Berlakon Konon Tiada Wang:- DS Tajuddin Abdul Rahman

25/02/2018 — PPBM Berlakon Konon Tiada Wang:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn PPBM Berlakon Konon Tiada WangBagi penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di negeri Perak, mereka akan menerima wang bantuan itu terus ke akaun bank masing-masing.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Khas Menteri Kewangan, Ting Tai Fook memberitahu pihaknya telah meminta Kementerian Kewangan untuk memastikan tiada pengagihan dibuat secara manual kecuali kepada penerima tiada akaun bank.

“Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa BR1M akan diagihkan mulai esok iaitu 26 Februari 2018 secara.

“Berita baik untuk penerima Perak bahawa mereka yang diluluskan BR1M dan mempunyai akaun bank, semua akan dibayar melalui bank (online transaction),” katanya.

Secara keseluruhannya jumlah kelulusan mereka yang menerima BR1M di negeri adalah sebanyak 438,228 penerima.

Manakala seramai 424,526 mempunyai akaun dan 13,702 penerima tidak mempunyai akaun.

“Tempoh rayuan akan dimaklumkan kemudian. Proses bayaran boleh disemak melalui portal BR1M 2018,” kata Tai Fook.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top