25/02/2018 — Masjid Cina Buktikan Islam Untuk Semua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penganjuran mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina oleh pengurusan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai masjid Cina membuktikan agama Islam untuk semu Penganjuran mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina oleh pengurusan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai masjid Cina membuktikan agama Islam untuk semu Rating: 0
You Are Here: Home » General » 25/02/2018 — Masjid Cina Buktikan Islam Untuk Semua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

25/02/2018 — Masjid Cina Buktikan Islam Untuk Semua:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Masjid Cina Buktikan Islam Untuk SemuaPenganjuran mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina oleh pengurusan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai masjid Cina membuktikan agama Islam untuk semua.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut di Tasek, Ipoh hari ini.

“Islam itu merupakan rahmat untuk seluruh alam dan ia wajar diterjemahkan dalam kehidupan kita yang pelbagai kaum, agar masyarakat kita faham Islam itu, ia bukan hanya berada dalam Malaysia sahaja atau dimiliki oleh satu-satu kaum sahaja.

“Jangan ada pihak pula kata ini pendekatan liberal, plural dan sebagainya. Kadang kala kita tidak memahami aspek-aspek ini (Islam yang sebenar),” ujar beliau semasa ditemui pemberita pada sesi sidang media.

Dalam pada itu, inisiatif yang diadakan oleh pihak masjid Cina pada setiap tahun ini turut membantu meningkatkan pemahaman rakyat tentang sesuatu budaya dan agama.

“Ia memberi persepktif yang baik dan luas berkaitan dengan hidup sebagai sebuah negara Malaysia yang ada kepelbagaian budaya ini.

“Jadi saya harap dengan adanya semangat dan contoh yang dibuat oleh masjid Cina ini dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri , ia akan beri konsep kehidupan yang aman dan saling memahami,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi sumbangan terhadap pembangunan fasa kedua masjid berkenaan.

Ia melibatkan pembinaan sebuah lagi bangunan untuk tujuan merancakkan aktiviti kebudayaan dan sebagainya.

Dari segi jumlah peruntukan yang akan diberikan, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata ia akan diumumkan kemudian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top