24/02/2018 — Soal Calon PRU, Itu Hak MB:- DS Abdul Puhat Mat Nayan Reviewed by Perak BN on . Dalam menetapkan dan memutuskan siapa calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanya layak diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ya Dalam menetapkan dan memutuskan siapa calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanya layak diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ya Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 24/02/2018 — Soal Calon PRU, Itu Hak MB:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

24/02/2018 — Soal Calon PRU, Itu Hak MB:- DS Abdul Puhat Mat Nayan

perakbn Soal Calon PRU Itu Hak MBDalam menetapkan dan memutuskan siapa calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hanya layak diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan apabila diminta mengulas berita yang tular apabila beliau akan jadi calon PRU nanti.

“Hanya MB Perak boleh cakap soal itu (calon PRU).

“Saya tidak boleh jawab. Saya hanya hadir (program hari ini) sebagai penjawat awam,” katanya ringkas.

Beliau ditemui pemberita pada Program Bomba Bersama Masyarakat dan Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat JBPM Negeri Perak 2018, di Batu Kurau, semalam.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan di Ipoh, Datuk Seri Diraja Dr Zambry tidak menafikan bahawa antara senarai calon PRU14, ada daripadanya merupakan penjawat awam.

Pada masa ini proses penilaian senarai calon sedang dilaksanakan dan beliau tidak menolak kemungkinan untuk BN pertaruhkan golongan profesional termasuk penjawat awam sebagai calon.

Menerusi spekulasi yang tular sejak kebelakangan ini, Datuk Seri Abdul Puhat dikatakan bakal bertanding sebagai calon BN di kerusi Parlimen Parit Buntar pada PRU14.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, sumber dalaman UMNO bahagian Parit Buntar memberitahu kehadiran Ketua Setiausaha Negeri dibeberapa program turun padang dan diiringi kepimpinan UMNO seperti petanda kehadiran beliau itu seperti mendapat ‘restu’ UMNO bahagian.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top