16/02/2018 — Tiada Gangguan Bekalan Air Di Perak Tengah:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Reviewed by Perak BN on . Bekalan air ke kawasan Perak Tengah terutama sekitar Seri Iskandar tidak lagi berlaku susulan pengaliran air dari empangan Chenderoh ke Bota dijadualkan mengali Bekalan air ke kawasan Perak Tengah terutama sekitar Seri Iskandar tidak lagi berlaku susulan pengaliran air dari empangan Chenderoh ke Bota dijadualkan mengali Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/02/2018 — Tiada Gangguan Bekalan Air Di Perak Tengah:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

16/02/2018 — Tiada Gangguan Bekalan Air Di Perak Tengah:- Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

perakbn Tiada Gangguan Bekalan Air Di Perak TengahBekalan air ke kawasan Perak Tengah terutama sekitar Seri Iskandar tidak lagi berlaku susulan pengaliran air dari empangan Chenderoh ke Bota dijadualkan mengalir seperti biasa

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dalam kenyataannya lewat petang semalam memberitahu bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menganggarkan aliran air dari Empangan Chenderoh ke Bota dilakukan semalam dan dijangka mengambil masa 24 hingga 28 jam.

ÔÇťAdalah dijangka paras air Sungai Perak akan meningkat lanjutan dari peningkatan perlepasan air dari Empangan Chenderoh dan bekalan dapat dipulihkan pada lewat petang atau malam ini (semalam),” katanya

Pada 13 Februari 2018, sekitar pukul 11 malam Loji Rawatan Air Kg Senin, Bota terpaksa dihentikan operasinya kerana paras Sungai Perak turun secara mendadak sehingga ke bawah paras operasi minima.

Jelas Datuk Zainol Fadzi keadaan ini menyebabkan pam air mentah tidak dapat beroperasi.

Dari tempoh 10 pagi pada 14 Februari sehingga pukul 8 pagi pada keesokkan harinya, loji tersebut hanya mampu merawat sebanyak 500 m3/jam berbanding pengeluaran biasa sebanyak 1800 m3/jam

“Oleh itu, tindakan lanjut yang akan di ambil adalah untuk mengerakkan kembali mesyuarat koordinasi antara JPS, Lembaga Air Perak dan Tenaga Nasional Berhad ,(TNB) Hidro secepat mungkin bagi menggelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan,” Datuk Zainol Fadzi dalam kenyataannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top