16/02/2018 — Rumah Terbuka Cho Ha Dihadiri 1,000 Tetamu Reviewed by Perak BN on . Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina anjuran bekas Ahli Parlimen Sitiawan, Tan Sri Kong Cho Ha di kediaman pagi tadi disertai lebih 1,000 tetamu. Sudah menjadi t Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina anjuran bekas Ahli Parlimen Sitiawan, Tan Sri Kong Cho Ha di kediaman pagi tadi disertai lebih 1,000 tetamu. Sudah menjadi t Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/02/2018 — Rumah Terbuka Cho Ha Dihadiri 1,000 Tetamu

16/02/2018 — Rumah Terbuka Cho Ha Dihadiri 1,000 Tetamu

perakbn Rumah Terbuka Cho Ha Dihadiri 1,000 TetamuKemeriahan sambutan Tahun Baru Cina anjuran bekas Ahli Parlimen Sitiawan, Tan Sri Kong Cho Ha di kediaman pagi tadi disertai lebih 1,000 tetamu.
Sudah menjadi tradisi, rumah terbuka itu dikunjungi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Seri Diraja Saripah Zulkifli tiba di kediaman bekas Menteri Pengangkutan itu kira-kira pukul 9 pagi.
Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkesempatan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sambil menikmati pelbagai juadah tradisional.
Antara pemimpin tempatan lain yang hadir ialah ADUN Pasir Panjang, Datuk Roshidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
´┐╝Sementara itu, bagi sambutan Rumah Terbuka peringkat negeri ia akan diadaka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Choong Hua Bidor pada 25 Februari ini.
Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijangka akan mencemar duli.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top