16/02/2018 — “Moga Keluarga Zawawi Diberikan Kesabaran”:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkesempatan meluangkan masa melawat ADUN Gunung Semanggol, Mohd. Zawawi Hassan selepas menjalani pembedah Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkesempatan meluangkan masa melawat ADUN Gunung Semanggol, Mohd. Zawawi Hassan selepas menjalani pembedah Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 16/02/2018 — “Moga Keluarga Zawawi Diberikan Kesabaran”:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/02/2018 — “Moga Keluarga Zawawi Diberikan Kesabaran”:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Moga Keluarga Zawawi Diberikan KesabaranMenteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkesempatan meluangkan masa melawat ADUN Gunung Semanggol, Mohd. Zawawi Hassan selepas menjalani pembedahan.

Memetik daripada laman Facebooknya, beliau melawat ADUN Pas itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada semalam.

“Melawat ADUN Gunung Semanggol, YB Zawawi Hassan sebentar tadi. Dimaklumkan keadaan beliau stabil selepas menjalani pembedahan. Harap seluruh keluarga sabar dan diberi kekuatan menghadapi dugaan ini. Sama-sama doakan moga kesihatan beliau kembali pulih,” demikian catatan beliau.

Difahamkan, Datuk Seri Diraja Dr Zambry meluangkan masa 30 minit melawat Mohd Zawawi yang ketika itu masih tidak sedarkan diri.

Beliau juga berkesempatan bertemu dengan keluarha Mohd Zawawi di sambil memberi kata-kata semangat.

Pada Selasa, Mohd Zawawi dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya dipercayai akibat hipertensi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top