14/02/2018 — Perkhidmatan Kaunter MBI Beri Manfaat, Cadang Kaunter Ditambah:- Aldrich Low Reviewed by Perak BN on . Inisiatif meneruskan perkhidmatan bergerak Kaunter Rakyat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada suatu lokasi di waktu tertentu dilihat berpotensi untuk terus diperlu Inisiatif meneruskan perkhidmatan bergerak Kaunter Rakyat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada suatu lokasi di waktu tertentu dilihat berpotensi untuk terus diperlu Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/02/2018 — Perkhidmatan Kaunter MBI Beri Manfaat, Cadang Kaunter Ditambah:- Aldrich Low

14/02/2018 — Perkhidmatan Kaunter MBI Beri Manfaat, Cadang Kaunter Ditambah:- Aldrich Low

perakbn Perkhidmatan Kaunter MBI Beri Manfaat Cadang Kaunter DitambahInisiatif meneruskan perkhidmatan bergerak Kaunter Rakyat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada suatu lokasi di waktu tertentu dilihat berpotensi untuk terus diperluaskan bagi memudahkan urusan warga kota .

Ketika sesi Hari Bertemu Komuniti Tawas, semalam, Ahli Majlis MBI Aldrich Low mencadangkan agar bilangan Kaunter Rakyat MBI dapat ditambahkan pada masa hadapan di samping mengharapkan ia berada lebih kerap di kawasan tersebut.

“Hari ini juga adalah pertama kali bagi Kaunter Rakyat MBI yang baharu berada di Kampung Tawas. Ia akan bergerak dan akan berada di beberapa lokasi sekitar Ipoh mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kaunter Rakyat MBI akan berada di sini lagi pada 17 April, 3 Julai, 4 September dan 27 November tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

MBI menawarkan perkhidmatan di kaunter bergeraknya seperti pembayaran bil-bil MBI meliputi cukai taksiran, lesen perniagaan atau periklanan, sewaan rumah pangsa atau gerai, bil sampah dan kompaun letak kereta.

Menurut Aldrich lagi, beliau merancang untuk memanggil lebih banyak unit kerajaan dan badan berkenaan turun bersama bagi menawarkan perkhidmatan masing-masing.

Perancangan ini tertakluk jika diberikan platform yang lebih besar pada masa depan.

Sempena dengan Hari Bertemu Dengan Komuniti Tawas ini, ia turut disertai sama oleh anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan sukarela NGO Kitar Semula KoHijau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top