14/02/2018 — Kes Ketirisan Pemberian Geran Bantuan Terkawal:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku ketirisan dalam pemberian geran bantuan kepada petani, kata Timbalan Menterinya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku ketirisan dalam pemberian geran bantuan kepada petani, kata Timbalan Menterinya, Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/02/2018 — Kes Ketirisan Pemberian Geran Bantuan Terkawal:- DS Tajuddin Abdul Rahman

14/02/2018 — Kes Ketirisan Pemberian Geran Bantuan Terkawal:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Kes Ketirisan Pemberian Geran Bantuan TerkawalKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan berlaku ketirisan dalam pemberian geran bantuan kepada petani, kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Perkara itu dinyatakan apabila ada dakwaan melaporkan bahawa isu ketirisan itu sedang berlaku dalam keadaan yang sangat serius sehingga melibatkan jutaan ringgit telah dieksploitasi.

“Tuduhan yang dibuat itu tidak merujuk spesifik kes. Tapi kalau ada ketirisan, kita bersedia untuk ambil tindakan.

“Namun secara keseluruhannya, saya yakin tak sebegitu. Macam juga pihak lain, ketirisan, kebocoran memang ada. Tapi aduan yang diterima tidaklah banyak sebegitu,” jelas Datuk Seri Tajuddin yang dipetik menerusi sebuah laporan akhbar tempatan hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Pasir Salak itu, menghadiri Karnival Peladang Jaya perkarangan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Gajah pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan isu ketirisan yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun berlaku berikutan ada pihak dalam kalangan kontraktor yang dikesan menaikkan harga barangan pertanian sebanyak 30 peratus untuk dibekalkan kepada petani yang layak menerima bantuan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top