14/02/2018 — Isi Borang Sebelum Balik Bercuti:- Superintendan Som Sak Din Keliaw Reviewed by Perak BN on . Orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman sempena musim perayaan ini diminta untuk isi borang balik kampung bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan da Orang ramai yang ingin meninggalkan kediaman sempena musim perayaan ini diminta untuk isi borang balik kampung bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan da Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/02/2018 — Isi Borang Sebelum Balik Bercuti:- Superintendan Som Sak Din Keliaw

14/02/2018 — Isi Borang Sebelum Balik Bercuti:- Superintendan Som Sak Din Keliaw

perakbn Isi Borang Sebelum Balik Bercuti SuperintendanOrang ramai yang ingin meninggalkan kediaman sempena musim perayaan ini diminta untuk isi borang balik kampung bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan.

Kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, pihaknya sedang giat mempergiatkan usaha mempromosikan kempen isi borang tersebut di agar orang ramai mengambil maklum akan kepentingannya.

“Kita lihat mana-mana penduduk yang mengisi borang balik kampung, rumah mereka ditinggalkan selamat kerana anggota saya akan datang membuat pemantauan dan rondaan.

“Dengan adanya pemantauan dari pihak polis, ia dapat mengurangkan risiko sebarang kejadian, terutama rompakan ketika penduduk tiada di rumah mereka,” kata yang dipetik daripada laporan media pada hari ini.

Untuk mendapatkan borang tersebut, orang ramai boleh mendapatkannya di balai polis berhampiran.

‚ÄúSetelah maklumat berkaitan diterima, polis akan memantau dan sentiasa membuat rondaan MPV atau URV ke rumah penduduk terbabit,” ujar Superintendan Som.

Demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan harta benda, beliau berharap supaya masyarakat akan mengambil manfaat daripada perkhidmatan yang diberika oleh penguatkuasa.

“Penting buat masyarakat memaklumkan kepada pihak polis sekiranya hendak pulang ke kampung supaya kita boleh membantu menjaga keselamatan rumah mereka,”katanya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top