13/02/2018 — Undur Daripada Media Sosial:- Nga Kor Ming Reviewed by Perak BN on . Berikutan dakwaan mengatakan akaun Gmail, Facebook dan Twitter digodam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan pengunduran dirinya dari media sosial. Men Berikutan dakwaan mengatakan akaun Gmail, Facebook dan Twitter digodam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan pengunduran dirinya dari media sosial. Men Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/02/2018 — Undur Daripada Media Sosial:- Nga Kor Ming

13/02/2018 — Undur Daripada Media Sosial:- Nga Kor Ming

perakbn Undur Daripada Media SosialBerikutan dakwaan mengatakan akaun Gmail, Facebook dan Twitter digodam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan pengunduran dirinya dari media sosial.

Menerusi laporan media di portal tempatan semalam, beliau akan ‘berhenti’ daripada melalukan aktiviti di sosial media sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya mula-mula mengesyaki akaun media sosial saya digodam selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu rumah saya pada 18 Januari lalu.

“Jumaat lalu, saya menerima mesej teks yang meminta saya menukar kata laluan akaun Gmail saya (davidngakorming@gmail.com), jadi saya patuhi,” dakwa ADUN Kepayang itu.

Sejurus sehari selepas itu, Kor Ming berkata e-melnya telah digodam oleh penggodam yang tidak dikenali dari Slovenia, yang mana menyebabkan 30,000 e-mel di petinya hilang.

“Ini bukan kali pertama, Gmail saya pernah digodam sebelum ini tetapi tidak berjaya. Pada tahun 2015, seseorang menggunakan nombor saya untuk memaklumkan kepada pengundi bahawa saya akan mengedar baucar petrol melalui mesej teks,” katanya.

Kor Ming yang aktif mengemas kini statusnya di Facebook dan Twitter turut memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat lagi memasuki akaunnya di kedua-dua media sosial tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top