13/02/2018 — Tindakan Tegas Jika Terlibat Pembuangan Sampah Haram:- Majlis Bandaraya Ipoh Reviewed by Perak BN on . Sepanjang Januari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah membersihkan 920 kawasan longgokan sampah haram di sekitar bandar ini. Menerusi kenyataannya pada Isni Sepanjang Januari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah membersihkan 920 kawasan longgokan sampah haram di sekitar bandar ini. Menerusi kenyataannya pada Isni Rating: 0
You Are Here: Home » General » 13/02/2018 — Tindakan Tegas Jika Terlibat Pembuangan Sampah Haram:- Majlis Bandaraya Ipoh

13/02/2018 — Tindakan Tegas Jika Terlibat Pembuangan Sampah Haram:- Majlis Bandaraya Ipoh

perakbn Tindakan Tegas Jika Terlibat Pembuangan Sampah HaramSepanjang Januari lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah membersihkan 920 kawasan longgokan sampah haram di sekitar bandar ini.

Menerusi kenyataannya pada Isnin, MBI mahu mengekalkan status Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik.

Oleh itu, mereka yang didapati terlibat melakukan aktiviti pembuangan sampah haram akan berdepan dengan tindakan tegas.

“Menurut Datuk Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh, tanggungjawab ini (pembersihan) bukanlah terletak di bawah MBI semata-mata tetapi memerlukan pemglibatan daripada semua pihak.

“Maklumat mengenai kejadian pembuangan sampah haram di Bandar Cyber boleh dijadikan contoh dimana kerjasama antara MBI dan warga kota Ipoh penting dalam memastikan Ipoh kekal sebagai bandar terbersih Malaysia,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Tindakan mengenakan kompaun berjumlah RM250 mengikut Akta Jalan, Parit & Bangunan akan dibuat terhadap pembuang sampah haram selepas tindakan lain tidak diendahkan oleh pelaku terlibat.

Secara keseluruhan pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu, MBI telah membersihkan 17,127 lokasi longgokan sampah haram dan mengeluarkan 2,405 kompaun bernilai RM507,400.

“MBI juga turut menjalankan 100 gotong-royong serta memasang 831 papan tanda “Dilarang Membuang Sampah” di sekitar bandar raya Ipoh.

“Semoga bandar raya Ipoh akan terus mengekalkan status sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia,” maklumnya lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top