13/02/2018 — Kes Penipuan Membimbangkan Di Manjung:- Asisten Komisioner Muhmmad Hanif Othman Reviewed by Perak BN on . Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati terhadap isu penipuan pinjamaan wang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati terhadap isu penipuan pinjamaan wang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Rating: 0
You Are Here: Home » General » 13/02/2018 — Kes Penipuan Membimbangkan Di Manjung:- Asisten Komisioner Muhmmad Hanif Othman

13/02/2018 — Kes Penipuan Membimbangkan Di Manjung:- Asisten Komisioner Muhmmad Hanif Othman

perakbn Kes Penipuan Membimbangkan Di Manjung Asisten KomisionerOrang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati terhadap isu penipuan pinjamaan wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata sindiket tersebut semakin serius dan membimbangkan apabila sebanyak 17 kes direkodkan dalam masa lebih sebulan ini.

“Syarat yang diletakkan ialah peminjam harus membayar dulu sebahagian wang kepada pemberi pinjam sebagai wang proses dan kemudian barulah wang yang mahu dipinjam akan diberi kepada peminjam.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu meminjam sebanyak RM50,000, dia harus memberi wang pendahuluan atau wang proses sebanyak RM5,000 dulu kepada pihak pemberi pinjam itu,” jelas beliau.

Sindiket penipuan itu hanya menggunakan medium komunikasi seperti telefon untuk membuat pengurusan pinjaman tanpa mengadakan pertemuan bersemuka dengan peminjam.

Dimaklumkan juga sebaran iklan yang dibuat adalah menerusi media sosial serta aplikasi WhatApp.

“Mangsa yang terdesak mahu mendapatkan wang akan terpengaruh dengan iklan berkenaan walaupun syarat yang dikenakan tidak masuk akal,” kata Asisten Komisioner Muhammad Hanif pada pemberita semalam di Manjung.

Pada tahun lalu sebanyak 41 kes dicatatkan melibatkan kes penipuan pinjaman tidak wujud itu namun pada tahun ini hanya dalam tempoh tidak sampai dua bulan jumlah itu mencecah 17 kes.

Asisten Komisioner Muhammad Hanif berkata mangsa penipuan ini kebiasaannya melibatkan golongan pesar,suri rumah dan peniaga kecil.

Terbaru, seorang pesara berusia 54 tahun kerugian RM20,000 apabila mahu meminjam wang sebanyak RM20,000 namun perlu membayar wang proses dalam jumlah yang sama juga.

“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan skim seumpama ini kerana ia seperti tidak masuk akal apabila kita harus membayar wang pendahuluan dulu baru boleh meminjam,” nasihat beliau.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top