12/02/2018 — Tiada Konflik Dalaman, MCA Yakin Tawan Hati Pengundi:- Ting Tai Fook Reviewed by Perak BN on . Kestabilan parti MCA pada masa ini diyakini akan mampu menawan semula perhatian pengundi Cina untuk menyokong Barisan Nasional (PRU) akan datang, kata Ketua Pem Kestabilan parti MCA pada masa ini diyakini akan mampu menawan semula perhatian pengundi Cina untuk menyokong Barisan Nasional (PRU) akan datang, kata Ketua Pem Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/02/2018 — Tiada Konflik Dalaman, MCA Yakin Tawan Hati Pengundi:- Ting Tai Fook

12/02/2018 — Tiada Konflik Dalaman, MCA Yakin Tawan Hati Pengundi:- Ting Tai Fook

perakbn Tiada Konflik Dalaman MCA Yakin Tawan Hati PengundiKestabilan parti MCA pada masa ini diyakini akan mampu menawan semula perhatian pengundi Cina untuk menyokong Barisan Nasional (PRU) akan datang, kata Ketua Pemuda MCA Negeri, Ting Tai Fook.

Dalam satu kenyataan beliau mengakui kestabilan kepimpinan menjadi faktor penting untuk menarik perhatian pengundi Cina di negara ini.

“Jika dalam kalangan ahli MCA dan kepimpinan tidak bersatu, bagaimana kita nak jangkakan sekumpulan besar masyarakat Cina untuk sokong kita. Kita pernah berpecah sebelum ini dan ada beberapa isu negatif yang beri kesan kepada parti.

“Sekarang parti kita semakin kuat yang mana kita bergerak bersama dengan sokongan yang penuh daripada Perdana Menteri,” katanya.

Tambah Tai Fook lagi, MCA mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi yang mana salah beliau mengetahui akan kemahuan masyarakat Cina yang tertumpu dari aspek ekonomi.

MCA menubuhkan satu pusat perkhidmatan untuk gabung dan membantu mereka yang mahu meningkatkan sumber pendapatan atau keuntungan perniagaan.

“Ibu pejabat MCA menghubungi lebih setengah juta ahli untuk dapatkan sokongan mereka. Saya dimaklumkan oleh ahli-ahli MCA yang menerima panggilan itu sangat menghargainya kerana sebelum ini tiada pihak yang perhatian kepada mereka.

“Masyarakat Cina mahukan ekonomi yang baik, jadi jika pihak pembangkang masih terus menceritakan persepsi negatif kepada pelabur asing, ia akan menjejaskan pembangunan ekonomi negara kita,” ujar Tai Fook dalam kenyataan pada hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong mengesahkan parti itu akan mengadakan kempen mendekati peringkat akar umbi bersama para ahli.

Sejak tiga tahun lalu, MCA mulai mendekati lebih 550,000 ahlinya dalam persediaan menghadapi PRU ke-14.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top