12/02/2018 — Sokongan Rakyat Perlu Jadikan Perak Tengah Hab Durian:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Bagi meletakkan daerah Perak Tengah seperti Kampung Gajah sebagai hab pengeluar dengan tanaman durian, sokongan padu daripada penduduk tempatan amat penting. Da Bagi meletakkan daerah Perak Tengah seperti Kampung Gajah sebagai hab pengeluar dengan tanaman durian, sokongan padu daripada penduduk tempatan amat penting. Da Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/02/2018 — Sokongan Rakyat Perlu Jadikan Perak Tengah Hab Durian:- DS Tajuddin Abdul Rahman

12/02/2018 — Sokongan Rakyat Perlu Jadikan Perak Tengah Hab Durian:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Sokongan Rakyat Perlu Jadikan Perak Tengah Hab DurianBagi meletakkan daerah Perak Tengah seperti Kampung Gajah sebagai hab pengeluar dengan tanaman durian, sokongan padu daripada penduduk tempatan amat penting.

Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kajian terperinci mengenai perlu dilakukan terlebih dahulu yang mana Kampung Gajah mempunyai kelebihan dalam hasil durian Paduka.

“Kampung Gajah memang sudah ada nama namun kita tidak mengeksploitasi nama itu. Di sini kita ada durian Paduka yang hanya ada di Kampung Gajah sahaja.

“Namun begitu, kajian secara terperinci harus dilakukan dahulu termasuk keluasan tanah dan jumlah pokok yang ada sebelum boleh dijadikan hab baharu pengeluaran durian,”kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Jelasnya lagi, pemahaman oleh pemilik kebun durian di kawasan ini terhadap nilai penanaman buah tersebut turut menjadi faktor penting untuk diperjelaskan.

“Sikap pemilik dusun kena ubah, kena bercita-cita tinggi untuk mendapat kejayaan yang lebih baik.

“Mereka perlu tahu, jual durian bukan sekadar boleh meraih pendapatan lumayan tapi boleh menjadi jutawan,”katanya yang dipetik daripada laporan media tempatan, pada semalam.

Demi merancakkan penanaman buah durian ini, Datuk Seri Tajuddin menyeru kepada orang agar menanam buah durian memandangkan permintaannya tinggi pada masa ini.

Ketika ini seramai 3,800 penanam durian dengan keluasan 2,300 hektar di seluruh Perak iaitu 427 pekebun dengan keluasan 450 hektar datang dari Perak Tengah.

Datuk Seri Tajuddin berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Pemulihan Dusun Durian Daerah Perak Tengah di Kampung Pulau Tiga Kiri.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali; ADUN Kampung Gajah, Datuk Abdullah Fauzi Ahmad Razali dan Pengarah Pertanian Perak, Noorazmi Yahya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top