12/02/2018 — Banyak Berita Palsu Bakal Muncul Menjelangnya PRU14:- Prof Zaharom Naim Reviewed by Perak BN on . Di saat menanti detik pengumuman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat Malaysia dijangka akan ‘dihujani’ dengan lebih banyak berita palsu, demikian kata penga Di saat menanti detik pengumuman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat Malaysia dijangka akan ‘dihujani’ dengan lebih banyak berita palsu, demikian kata penga Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 12/02/2018 — Banyak Berita Palsu Bakal Muncul Menjelangnya PRU14:- Prof Zaharom Naim

12/02/2018 — Banyak Berita Palsu Bakal Muncul Menjelangnya PRU14:- Prof Zaharom Naim

perakbn Banyak Berita Palsu Bakal Muncul Menjelangnya PRU14Di saat menanti detik pengumuman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat Malaysia dijangka akan ‘dihujani’ dengan lebih banyak berita palsu, demikian kata penganalisis politik, Prof Zaharom Naim.

Memetik laporan portal media tempatan semalam, dalam hal ini beliau menjangkakan manfaat daripada ‘perang’ ini ia akan lebih perpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana ia memiliki dan mengawal media arus perdana.

“Pembohongan dan propaganda akan terus meningkat semasa musim pilihan raya untuk merosakkan nama baik individu tertentu,” kata pensyarah Universiti Nottingham Malaysia itu.

Beliau berkata demikian dalam merujuk kepada kenyataan bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada Jumaat lalu, yang berkata beliau menerima maklumat bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi pembangkang untuk bertemu peminpim-pemimpin di Amerika Syarikat (AS).

“Saya diberitahu misi mereka ke AS, untuk bertemu pemimpin di sana, ialah untuk menjelaskan mengenai keadaan politik di Malaysia. Ini menyedihkan dan mengecewakan,” Tunku Abdul Aziz yang dipetik dalam satu laporan tempatan.

Ketika perkara ini ditanya kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beliau menggelar Tun Dr Mahathir sebagai “hipokrit” yang mana tindakannya amat berbeza semasa menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Saya tengok dulu masa dia menjadi PM , benda-benda macam itu pantang bagi dirinya… tuduh bahawa pembangkang-pembangkang menjual maruah, menggadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati kuasa-kuasa lain.

“Tetapi sekarang ini lain pulak. Jadi orang dapat lihat hipokrasi beliau sekarang dan Dr Mahathir sanggup lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin,” kata Menteri Pertahanan itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top