11/02/2018 — Pulang Pada Perjuangan Asal, UMNO Sedia Terima Kembali:- DS Hamzah Zainuddin Reviewed by Perak BN on . UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan sikap terbuka bagi mana-mana pihak yang mahu bersama dengan parti dan seterusnya berjuang pada perkara yang UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan sikap terbuka bagi mana-mana pihak yang mahu bersama dengan parti dan seterusnya berjuang pada perkara yang Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/02/2018 — Pulang Pada Perjuangan Asal, UMNO Sedia Terima Kembali:- DS Hamzah Zainuddin

11/02/2018 — Pulang Pada Perjuangan Asal, UMNO Sedia Terima Kembali:- DS Hamzah Zainuddin

perakbn Pulang Pada Perjuangan Asal UMNO Sedia Terima KembaliUMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan sikap terbuka bagi mana-mana pihak yang mahu bersama dengan parti dan seterusnya berjuang pada perkara yang jelas.

Kata Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, keterbukaan itu bukan sahaja kepada mereka yang mahu menyertai parti tetapi juga mereka dahulunya ‘terpesong’ dan kini mahu kembali semula.

“Setelah mereka bandingkan kedua-dua parti baru mereka sedar perjuangan UMNO adalah yang sebenar dapat membantu rakyat serta membangunkan negara,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Terdahulu beliau menyaksikan penyertaan daripada 50 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas kesemua mereka keluar parti kerana dimaklumkan tidak lagi percaya dengan kepimpinan PPBM.

“Mereka telah terpesong dengan janji-janji Mahathir (Pengerusi PPBM) , mereka baru sedar beliau pandai bercakap tapi tak pandai mengotakan apa yang dia cakap.

“Jadi untuk ahli PPBM saya nasihatkan pulang lah kepada perjuangan asal, kita perlu bersatu..perjuangan itu lebih mustahak daripada mana-mana individu,” kata Datuk Seri Hamzah.

Penyerahan borang keahlian UMNO oleh 50 ahli baharu itu diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor.

Sementara itu, kata bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy keputusan yang dibuat itu turut tidak mahu terlibat dan berserongkol dengan parti DAP disamping hilang rasa percaya terhadap Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu.

“Kami tidak mahu bersama parti yang sokong DAP di mana jika Pakatan Harapan memerintah maka Menteri Besar adalah daripada DAP.

“Kita juga tidak yakin lagi PPBM perjuangkan hak rakyat khususnya masyarakat melayu dan PPBM juga hanya perjuangkan kepentingan individu-individu tertentu,” katanya yang dipetik daripada laporan media tempatan, semalam.

Shafie memaklumkan bahawa dalam masa terdekata ini akan ada lebih ramai lagi ahli PPBM di Larut akan keluar parti dan seterusnya menyertai UMNO.

Seakan-akan seperti ada yang tidak kena apabila perihal mengenai kreadibiliti kepimpinan PPBM di Perak dilihat menjadi faktor utama ahli-ahlinya keluar parti yang mana sebelum ini PPBM bahagian Gopeng, Kuala Kangsar, Parit dan Batu Gajah mengambil tindakan yang sama.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top