11/02/2018 — Hina PM, Minta SKMM Ambil Tindakan Segera:- Syed Afzarizal Syed Salim Reviewed by Perak BN on . Tindakan pemilik akaun Facebook, Foo Sing Wai yang menviralkan gambar santai Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin Seri Tindakan pemilik akaun Facebook, Foo Sing Wai yang menviralkan gambar santai Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin Seri Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 11/02/2018 — Hina PM, Minta SKMM Ambil Tindakan Segera:- Syed Afzarizal Syed Salim

11/02/2018 — Hina PM, Minta SKMM Ambil Tindakan Segera:- Syed Afzarizal Syed Salim

perakbn Hina PM Minta SKMM Ambil Tindakan SegeraTindakan pemilik akaun Facebook, Foo Sing Wai yang menviralkan gambar santai Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin Seri Diraja Rosmah Mansor seolah-olah menonton agenda lucah, adalah tindakan yang amat memalukan.

Dalam hal ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim mahu supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera terhadap peilik akaun tersebut.

“Perbuatan keji dan terkutuk ini sangat rendah moral serta tidak patut berlaku dalam era maju sekarang ini.

“Kemudahan dan kemajuan teknologi digital seharusnya dimanfaatkan untuk kebaikan.

Tiada kaum atau mana-mana bangsa restui perangai keji ini. Tiada maruah dan tidak tahu malu,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya lagi, tindakan yang dilakukan itu bukan hanya memalukan satu pihak sahaja, tetapi ia memamlukan seluruh rakyat di negara ini.

Teknologi dan kemudahan yang disediakan pada masa ini perlu dimanfaat dengan cara yang dikehendaki dan bukan mengambil kesempatan mengundang onar dan sengketa.

“SKMM juga digesa membawa ke muka pengadilan sebaik saja cukup bukti.

Harap bukti forensik dapat menyekat pemilik akaun dari memberi alasan akaunnya telah digodam ataupun apa saja alasan untuk melepas tengkuknya,” kata Syed Afzalrizal lagi

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top