10/02/2018 — Pangkor Pulau Bebas Cukai: Penginapan, Jeti, QIC Perkara Tumpuan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri menyasarkan kerja memperbesarkan jeti Pulau Pangkor serta menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (CIQ) akan dapat dilaksanakan pa Kerajaan Negeri menyasarkan kerja memperbesarkan jeti Pulau Pangkor serta menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (CIQ) akan dapat dilaksanakan pa Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/02/2018 — Pangkor Pulau Bebas Cukai: Penginapan, Jeti, QIC Perkara Tumpuan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/02/2018 — Pangkor Pulau Bebas Cukai: Penginapan, Jeti, QIC Perkara Tumpuan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Pangkor Pulau Bebas Cukai Penginapan, Jeti, QIC Perkara TumpuanKerajaan Negeri menyasarkan kerja memperbesarkan jeti Pulau Pangkor serta menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarintin (CIQ) akan dapat dilaksanakan pada tahun ini susulan status terbaharu penafaran pulau tersebut sebagai kawasan bebas cukai.

Mengulas pelan pembangunan pulau itu, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan tentang perincian kepada pelbagai perkara sedang dilakukan antara pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) dengan Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU).

“Pada peringkat ini melibatkan perbincangan pihak negeri dan persekutuan antara UPEN dan EPU untuk buat kajian mendalam tentang pelaksaan Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

“Kita menjangkakan tahun ini kita dapat sempurnakan ini termasuk dari segi CIQ, tempat pemeriksaan dan pembesaran jeti awam.

“Masalah utama di Pulau Pangkor adalah kedudukan jeti yang kecil dan setiap kali musim perayaan dan percutian masalah pelancong dari dalam dan luar ialah dari segi kapasiti feri dan jeti yang ada,” ujar beliau.

Maklumnya lagi, kehadiran para pelancongan ke Pulau Pangkor sebelum ini pernah mencecah sehingga 50,000 pada satu-satu masa ketika musim cuti.

Bagi menampung keperluan penginapan bagi pelancong yang datang, Datuk Seri Diraja Dr Zambry meminta penduduk tempatan aktif mengusahakan industri inap desa.

“Salah satu pendekatan yang boleh digunakan ialah sediakan rumah inap desa dan rumah ini boleh digunakan oleh masyarakat Pulau pangkor untuk perbanyakkan tempat tinggal,” ujar ADUN Pangkor itu.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu kepada masyarakat Cina di kawasannya, pada Sabtu.

Aktiviti ini adalah program yang lazim dilakukan dan ia bukan dibuat semata-mata bila tiba Pilihan Raya sahaja.

“Kita di Pangkor, laksanakan tanggungjawab kita untuk bantu mereka yang memerlukan. Ini dilakukan bukan kali pertama kali atau ketika nak menjelangnya pilihan raya,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang menyifatkan keakraban beliau dengan masyarakat tempatan di sini seperti hubungan adik dan abang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top