10/02/2018 — Mental, Semangat Ahli BN Mantap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan rasa puas hati terhadap kesiapsiagaan ahli yang dipamerkan di saat men Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan rasa puas hati terhadap kesiapsiagaan ahli yang dipamerkan di saat men Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 10/02/2018 — Mental, Semangat Ahli BN Mantap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/02/2018 — Mental, Semangat Ahli BN Mantap:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Mental Semangat Ahli BN MantapPengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menzahirkan rasa puas hati terhadap kesiapsiagaan ahli yang dipamerkan di saat menanti detik pengumuman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.

Menerusi siri jelajah sejak Januari lalu di kawasan-kawasan Parlimen, beliau berkata dari segi persiapan, setiap parti menunjukkan gerakan yang lancar.

“Saya adakan siri jelajah di parlimen-parlimen sejak Januari dan semalam saya berada di Taiping, sambutan ahli Barisan Nasional begitu mantap dan semangat mereka sentiasa bersedia untuk menghadpai pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa sahaja. Di peringkay persiapan Barisan Nasional, alhamdulillah dari segi mental dan semangat mereka begitu baik dan bila pilihan raya akan diumumkan kita akan gembleng seluruh tenaga di seluruh peringkat.

“Saya harap semangat ini akan memberi kekuatan kepada calon-calon dan pergerakan Barisan Nasional di setiap DUN dan parlimen kita tandingi,” ujar beliau semasa ditemui pemberita di Pulau Pangkor pada Sabtu.

Jelasnya persiapan akhir yang dilakukan termasuklah menempatkan calon-calon yang berpotensi di samping memberi perhatian kepada kawasan tumpuan tertentu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan ada perubahan wakil parti komponen di sesuatu kawasan, beliau berkata ia satu kemungkinan yang biasa setiap kali pilihan raya.

“Kita masih berbincang dan proses perbincangan melibatkan kawasan-kawasan akan berterusan dan biasalah dalam pilihan raya ada kemungkinan-kemungkinan itu.

“Apapun kita tengok kedudukan dan kekuatan di sesuatu kawasan itu sama ada calon ini OK; atau parti komponen bertanding di sini atau dimana, ini kita akan perincikan. Apa pun yang penting kesepakatan bersama dalam Barisan Nasional adalah paling penting,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga Menteri Besar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top