10/02/2018 — Kenderaan Teknologi Hijau, Rakyat Pangkor Perlu Bersedia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dalam memastikan konsep pembangunan yang mampan, Pulau Pangkor bakal menekankan aspek penggunaan kenderaan berteknologi hijau pada masa akan datang. Jelas Mente Dalam memastikan konsep pembangunan yang mampan, Pulau Pangkor bakal menekankan aspek penggunaan kenderaan berteknologi hijau pada masa akan datang. Jelas Mente Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/02/2018 — Kenderaan Teknologi Hijau, Rakyat Pangkor Perlu Bersedia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/02/2018 — Kenderaan Teknologi Hijau, Rakyat Pangkor Perlu Bersedia:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Kenderaan Teknologi Hijau Rakyat Pangkor Perlu BersediaDalam memastikan konsep pembangunan yang mampan, Pulau Pangkor bakal menekankan aspek penggunaan kenderaan berteknologi hijau pada masa akan datang.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Sr Zambry Abd Kadir pada masa ini usaha mengekalkan kehijauan di pulau bebas cukai itu sedang pun dilaksanakan, namun pihaknya dalam perancangan awal untuk memperincikan cadangan tersebut dengan memperkenalkan kenderaan tanpa bahan api seperti petrol dan diesel.

“Kita mencadangkan supaya masyarakat di Pulau Pangkor bersedia untuk terima perubahan ini, malah ia baik untuk mereka, kesihatan mereka, di mana tiada asap tebal dan yang ada hanya udara yang segar dan nyaman.

“Ini cadangan awal dan saya harap kepada orang Pulau Pangkor mungkin boleh mulai pikirkan pendekatan ini,” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata pada peringkat ini, beliau juga mengesyorkan kepada persatuan teksi di pulau tersebut untuk juga mengemukakan cadangan yang berkaitan.

“Saya juga sudah mengesyorkan kepada persatuan teksi Pulau Pangkor supaya mula memikirkan mungkin suatu hari nanti, van-vam yang ada ini nanti menggunakan kuasa elektrik; dan ini cadangan asal.

“Setakat ini Pulau Pangkor kita memang kekal kehijauan dan untuk tidak guna minyak fosil, petrol, diesel dan sebagai ini adalah salah satu konsep pembangunan mampan dan mengelak pencemaran di Pulau Pangkor,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina di Pasir Bogak, Pulau Pangkor, hari ini.

Mengambil contoh daerah di China, Naning yang mempunyai sekurang-kurangnya empat juta kenderaan motor elektrik, beliau yakin Pulau Pangkor juga mampu merealisasikan pembangunan yang sama dan ia sekaligus akan menjadi Perak sebagai negeri yang konsisten menggunakan kenderaan berteknologi hijau.

Terdahulu Datuk Seri Diraja Dr Zambry diminta mengulas mengenai pelan pembangunan Pulau Pangkor selepas ia diisytihar sebagai kawasan bebas cukai berkuat kuasa tahun ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top