09/02/2018 — Kelantan Tarik Anugerah D.K Mahathir:- Datuk Mohd Faudzi Che Mamat Reviewed by Perak BN on . Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengesahkan berhubung penarikan Darjah Kerabat (D.K) Al-Yunusi yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengesahkan berhubung penarikan Darjah Kerabat (D.K) Al-Yunusi yang dianugerahkan kepada bekas Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/02/2018 — Kelantan Tarik Anugerah D.K Mahathir:- Datuk Mohd Faudzi Che Mamat

09/02/2018 — Kelantan Tarik Anugerah D.K Mahathir:- Datuk Mohd Faudzi Che Mamat

Sultan BintangSetiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat mengesahkan berhubung penarikan Darjah Kerabat (D.K) Al-Yunusi yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sebab penarikan anugerah tersebut yang telahpun berkuat kuasa 6 Februari lalu.

“Saya hanya melaksanakan titah Istana Kelantan,” kata Datuk Mohd Faudzi ketika ditemui pemberita di Kelantan, semalam.

Dilaporkan bahawa surat pengesahan penarikan itu telah diterima Tun Dr Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dianugerahkan pingat D.K pada April 2002 dan ia tidak membawa sebarang gelaran.

Dalam hal yang sama, turut dilaporkan bahawa penganugerahan pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) , Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut ditarik balik oleh istana Kelantan.

Wan Abdul Rahim dan Husam menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

Tarikh penarikan pingat dan anugerah itu berkuat kuasa mulai 6 Februari lalu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top