09/02/2018 — Kehadiran Banyak Parti Di Tambun, Bukti Amalan Demokrasi:- Datuk Aminuddin Md Hanafiah Reviewed by Perak BN on . UMNO Bahagian Tambun menyambut kehadiran mana-mana parti yang ingin datang ke kawasan tersebut termasuklah untuk mereka bertanding bagi kerusi parlimen atau Dew UMNO Bahagian Tambun menyambut kehadiran mana-mana parti yang ingin datang ke kawasan tersebut termasuklah untuk mereka bertanding bagi kerusi parlimen atau Dew Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/02/2018 — Kehadiran Banyak Parti Di Tambun, Bukti Amalan Demokrasi:- Datuk Aminuddin Md Hanafiah

09/02/2018 — Kehadiran Banyak Parti Di Tambun, Bukti Amalan Demokrasi:- Datuk Aminuddin Md Hanafiah

perakbn Kehadiran Banyak Parti Di Tambun, Bukti Amalan DemokrasiUMNO Bahagian Tambun menyambut kehadiran mana-mana parti yang ingin datang ke kawasan tersebut termasuklah untuk mereka bertanding bagi kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pemangku Ketua Bahagiannya, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata selaras dengan amalan demokrasi di negara ini, kehadiran sesebuah parti di satu-satu kawasan akan mewujudkan persaingan yang baik.

“Mana-mana parti politik yang ingin datang ke kawasan Tambun adalah dialu-alukan.. I welcome them.

“Kita sebagai parti memerintah terus melaksanakan kerja kita hadir memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan rakyat diluar sana boleh menilainya sendiri,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN), perkhidmatan terbaik kepada rakyat menjadi perhatian.

Justeru, pihaknya yakin BN tidak mudah tergugat dengan amalan parti yang lain yang datang sekadar untuk menabur pelbagai janji.

“Sekiranya individu yang memilih untuk berpolitik tetapi takut cabaran lebih baik dia berhenti politik, apabila kita memegang jawatan kita perlu melaksanakan yang terbaik dan serah kepada masyarakat untuk menilai kita kerana tidak membuat janji yang tidak dapat kita tepati,”kata Datuk Aminuddin.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Projek Pemeriksaan Mata untuk pelajar-pelajar sekolah Negeri Perak di Tanjung Rambutan, pada Khamis.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top