09/02/2018 — Berita Palsu Isu Dunia, Perundangannya Tidak Tutup Kebenaran:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Ancaman mengenai berita palsu bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, namun ia turut menjadi isu yang diberi perhatian oleh negara lain seperti Perancis dan Britai Ancaman mengenai berita palsu bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, namun ia turut menjadi isu yang diberi perhatian oleh negara lain seperti Perancis dan Britai Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 09/02/2018 — Berita Palsu Isu Dunia, Perundangannya Tidak Tutup Kebenaran:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

09/02/2018 — Berita Palsu Isu Dunia, Perundangannya Tidak Tutup Kebenaran:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

PTJ12_160217_PC_ZAHIDAncaman mengenai berita palsu bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, namun ia turut menjadi isu yang diberi perhatian oleh negara lain seperti Perancis dan Britain.

Dalam hal ini, usaha Kerajaan untuk membentuk undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu, bukan bertujuan menutup kebenaran seperti yang didakwa pihak pembangkang, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Apakah kebenaran (bagi Pakatan Harapan)? Adakah ‘kebenaran’ seperti diperkatakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 melibatkan dakwaan 40,000 warga Bangladesh dibawa ke negara ini? Apakah itu bukan be­rita palsu? Adakah ‘kebenaran’ itu yang akan dibawa sekali lagi oleh mereka?”

“Akan ada berita-berita palsu pada saat-saat akhir strategi kempen… saya sangat pasti,”ujar Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu yang dipetik menerusi akhbar tempatan semalam.

Menerusi dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini, beliau mempertikaikan tindakan cadangan undang-undang tersebut dengan berkata ia akan berpihak kepada Kerajaan semata-mata.

Dalam hal ini, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan pembangkang bahawa bahawa Kerajaan tidak seburuk yang didakwa mereka.

Cadangan pembentukan undang-undang penularan berita palsu ini turut dikemukakan oleh ahli akedemik yang mana mereka melahirkan rasa bimbang dengan gejala tersebut.

Undang-undang itu hendaklah mengguna pakai peruntukan yang terdapat dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam mena­ngani ancaman tersebut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top